Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku… hanya untukMU Ya Allah..
Tuesday, December 14, 2010
KMS~~KMS~~KMS~~
huhh.... sight...
dalam lab pun sempat jgak nak berblogging.. apa laa budak neh.. hampeh!!! ntah la.. budak mna xtau!! ngeeee :P
ermmm dr kol 2 td lg class kms neh.. naik muak pun ada gak... motifnya: aku takleh duk dlm class lama2.. mula la otak aku duk planning yg bukan2... adeh!! sejuk+lapaq= ampeh la!!
hurrmmm... dlm kpala otak aku duk menari2 ja burger ayam mayo... adeiiiii lapaq neh... tambah plak sejuk2 neh.. lg la...
activities dlm lab ari nie.. find out the adv n disadv for KM framework.. ok lagik... dah siap buat smua kna la present plak... mmg best sgt la.... adoii... dr dulu kn smpai la skang.. kalo nak present apa2 aku takleh laa nak sorg2.. mesti ada couple.. still duk nervous.. cmna ek nk ilang kn nervous nie.. mmg penyakit permanent la kot dlm diri aku neh... dulu aku dgr ada jual ubt ilangkan nervous.. tp aku tak tau la setakat mna kebenarannya... hurm... ok lahh class dismiss...
then.. see u then...
take care..
wassalam..
Saturday, December 11, 2010
wohhhh... bosannya di ari sabtu neh
ermmmm bangun pg2 tadi dah rainy outside... adoiiii rosak plan aku nak membasuh kain baju ari nie... tapi aku buat mcm tak endah ja ngan apa yg berlaku di luaq sana... huhuhuhu... aku tetap gigih membasuh kain baju jgak... hrap sat lg sang mentari tak malu nak menyinarkan teriknya... huhu.. mau tak nya... banyak kot baju2 yg tebal memerlukan terik sang matahari tue... tak mau la aku jemur baju dalam umah... bau pun tak se'fresh' jekur kat luaq tue....
adeiii... pg2 dh start membebel... bosan wehhh... nak ja aku balik kg.. huhhh gigih... nasib la ari senin pg neh ada briefing on LI.. kalo x dh selamat aku "home sweet home" aiceehhhh... mmg gigih anak Pak Lah sorg neh....
banyak sebenarnya yg nk stdory.. tp nak break sat.. nk msak utk lunch... msak simple mimple ja... nama pun duduk bujang kan... hehehe... ok dear.. see u later ek..
take care all
wassalam..
Wednesday, December 1, 2010
penghujung tahun 2010 & 1431H
lamanya daku tak mengupdate blog neh... adehhh... amatlah bz.. tmbah skang dah last sem.. bertambah la ke'bz'annya.. tapi tetiba td teringat plak nak uodate blog yg dah lama jd muzium neh.. huhuhu...
so far takdak apa yang nak dibebelkan.. ari2 yang berlalu aku rasa cepat sgt.. tup tup dah penghujung tahun... Alhamdulillah... aku masih lagi berpeluang untuk teruskan hidup di atas muka bumi Allah ini... Alhamdulillah...
dan tak lama lagi aku pn dah nak abis study... Ya Allah.. kuatkanlah semangatku untuk aku trusskan perjuangan ini... permudahkanlah segala urusanku.. Amin...
take care all...
wassalam
Friday, October 1, 2010
::For the rst of my life::
For the Rest of My Life Lyrics
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
Wednesday, September 15, 2010
Hebatnya Gelora ini...
ku ingin melupakan.. pahitnya pengalaman.. tetapi hati ini amat degil sekali... wajahmu jua yang datang menghampiri.. Ya Allah...
engkau pergi tanpa sepatah pun perkataan... kini kau kembali... kerana rindu ini.. sombongku terketepi.. mengatasi sgala.. biarlah cinta kita terpelihara dgn restu yang ESA...
Percintaan yang indah.. bila berakhir dengan kebahagian adalah satu nikmat dunia yang tiada tandingannya.. Namun kiranya takdir telah menentukan bahawa perpisahan adalah jalan terbaik untuk sebuah percintaan, maka terimalah ia dengan hati yang penuh redha.. Sesungguhnya menyintai yang Maha Esa adalah cinta yang tiada penghujungnya, begitu juga Cinta Allah terhadap kita..CINTA ABADI.. yang kekal selamanya…
aku nak ja lari dr smua kmelut ini... tapi takkan ada kesudahannya kan.... its over before.. but now its begin...AGAIN...
Ya Allah.. aku buntu... bantulah hambamu ini Ya allah...pimpinlah aku ke jalan yang benar... Amin..
Saturday, August 28, 2010
ETIKA KASIH SAYANG
1 Agungkan Allah dan ingat selalu kelemahan diri kita
2 Amalkan budaya ziarah menziarahi
3 Amalkan budaya bertukar-tukar hadiah
4 Amalkan syura' untuk kepentingan bersama
5 Bertoleransi asal tidak melibatkan dosa
6 Berjabat tangan ketika berjumpa dan ketika hendak berpisah
7 Beri nasihat saudaramu yang meminta nasihat
8 Beri tempat duduk untuk saudaramu disesuatu majlis
9 Bersikap adil dan tidak berat sebelah
10 Baik sangka sesama muslim
11 Bila berhutang hendaklah dibayar
12 Bila bersalah segera minta maaf
13 Hayati budaya suka bertegur sapa
14 Hormat menghormati antara satu sama lain
15 Iringi ke tanah perkuburan jenazah saudaramu
16 Lazimkan solat berjemaah
17 Lakukanlah kebaikan kepada orang yang berbuat jahat kepadamu
18 Lupakan kebaikanmu kepada orang
19 Muliakan tetamu dan layan dgn wajar
20 Muliakan yang tua kasihani dan pimpin yang muda
21 Sentiasa senyum dan manis muka ketika bertemu saudaramu
22 Sertailah suka dan duka saudaramu
23 Tawadhuk sesama muslim
24 Tepati janji bila berjanji
25 Tolong saudaramu yang memerlukan pertolongan
26 Tunaikan jemputan saudaramu
27 Tunaikan zakat dan banyakkan sodaqah
28 Ucapkan salam ketika berjumpa/berpisah
29 Ziarhilah saudaramu yang sakit
29 NILAI BURUK YANG PERLU DIJAUHI
1 Jangan berbisik-bisik sedang saudaramu dimajlis yang sama
2 Jangan berdusta terhadap saudaramu
3 Jangan berpaling muka bila bertemu saudaramu
4 Jangan dedahkan aib saudaramu didepan orang lain
5 Jgn diungkit-ungkit kebaikanmu kepada orang
6 Jangan berdendam
7 Jangan berlaku khianat terhadap orang
8 Jangan ganggu keselamatan jiran
9 Jangan hasad dengki
10 Jangan jadi batu api
11 Jangan jadi gunting dalam lipatan
12 Jangan kedekut
13 Jangan keras kepala
14 Jangan lakukan perkara yang dibenci oleh saudaramu
15 Jangan lupa kejahatan yang anda lakukan kepada orang
16 Jangan mementingkan diri sendiri
17 Jangan memotong cakap orang
18 Jangan mengumpat
19 Jangan memfitnah
20 Jangan menganiaya saudaramu
21 Jangan merampas hak orang
22 Jgn menganiaya kawan kerana ingin naik keatas
23 Jgn sakiti jiran/saudaramu
24 Jgn sombong atau bongkak
25 Jgn suka menenung pintu/tingkap rumah jiran
26 Jgn suka marah ikut nafsu atau perasaan
27 Jgn mencari kesalahan orang
28 Jgn suka menyumpah seranah
29 Jgn terlalu suka berhutang
Jangan lah bersedih~~
Amin...
sumber: website
Jangan kau ucap selamat tinggal
Ku pancarkan sinar ini
Semoga bersinar di hatimu
Selembut angin malam
Terhembus kasih untukmu
Hingga terbayang wajahmu
Percayalah sayangku
Hanya engkau ku cinta
Tak pernah aku berubah hati
Semakin hari (sayang)
Semakin hangatnya cinta
Sehingga membakar di kalbu
Jangan kau ucap selamat tinggal
Pada diriku yang setia
Tak sanggup aku untuk berpisah
Inginku hidup bersama
Cintaku hanya untukmu
Setiap hari kau ku rindu
cepatnya...
lamanya rasa aku tak mengupdate blog neh... ermmm agak bz ngan tugasan seharian... tak tersa pun dah pertengahan Ramadhan.. skejap je kan rsanya... ada sminggu lbih ja lg berpuasa... ermmm Ya Allah.. datangnya Ramadhan dinanti... perginya akan Di tangisi...
apa pun... smoga apa yang kita cari.. di temui hendaknya.. Amin..
oklah just a little bit update... better ada dr tak ada lgsung kan...
selamat menjalani ibadat puasa n slamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba... salam Aidilfitri...
take care wassalam..
Thursday, July 8, 2010
Takziah
takda apa yg nak di update kan.. just nak a bit sad inside me... feel so sad.. smalam Mak Ngah telah kembali ke Rahmatullah... Masa aku balik mggu lepas pun mummy dh gtau aku.... mak ngah nampak cam dah teruk... pastue masa aku dalam kereta on the way balik umah sewa... cousin aku call paksu.. kata mak ngah dah tenat... meremang bulu roma aku... ye laa.. mak ngah tue kakak kpd my mummy... adik bradik mmmy yang tggal skang nie pun taklah ramai mana pun.. just mummy, mak ngah n paksu ja... now mak ngah dah takdak... so yang tggal mummy n paksu sahaja... errrmmm.. kalo sbelah arwah abah plak kalo tak silap tggal lg mak long sorang ja... tue pun aku tak berapa rapat sgt... Apa pun setiap yang hidup pasti akan mati... setiap pertemuan itu ada perpisahannya.... kita di dunia nie hanya pinjaman sahaja... Aku sedih la... ya la.. aku pernah merasai detik2 ini....
AlFatihah untuk keluarga arwah mak ngah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNYA yang beriman...
Amin...
Sunday, July 4, 2010
class dah start
adoiii ke bz yan mula melanda hari2 ku lepas ini....
aku dah start sem baru... pejam celik-pejam celik dah final year.. adoyaiii... cepatnyaaa masa berlalu.... hurrmmmm
sem nie agak kalut laaa... aku kena pulun lebih neh...
errmmm tadak apa kot nak gtau... aku tadak idea neh.. huhuhu kebelakangan nie aku jd cam bosan n boring ja... ada crita2 best nnt aku post k...
take care all..
wassalam
Wednesday, June 9, 2010
sanggul Arab HARAM?
huhuhu baru je nak try gayakan tudung mcm neh.. td duk belek2 kat wmc terjumpalah entry neh...
nak kongsi ngan anda suma...
HARAMKAH SANGGUL ARAB??
sejak akhir2 ni SANGGUL ARAB menjadi trend bg org yg bertudung.. ianya MENARIK UTK DIGAYAKAN DENGAN TUDUNG ALA SYRIA YANG BERINNER 2 ATAU 3 TONE.... SANGGUL INI AKAN MEMBUATKAN RAMBUT KELIHATAN TINGGI DAN APABILA MEMAKAI TUDUNG , TUDUNG AKAN TERLETAK CANTIK...
extension rmbut/ sanggul Arab yang digunakan...
tetapi yg menjadi soalannya sekarang adakah ianya haram jika kita membuat sanggul arab menggunakan rambut sendiri.. contohnya, sanggulkan kan rambut sendiri dengan getah rambut tanpa menggunakan Sanggul Arab yg sebenarnya adalah rambut palsu yg haram digunakan...
takut pula.. bila terbaca hadis ini..
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.
sekadar berkongsi cerita yang dibaca.... SHARING IS CARING...
*sumber dari wmc
Saturday, June 5, 2010
KENDURI datang lagi..
huhuhu lama gak tak hupdate neh...
coti skolah sudah tiba.. dan musim kenduri pun datang lagi... sehari hari ada la dlm 4-5 kenduri... adoiii jenuh la ngatuq umah kenduri.. kenduri plak Sabtu n Ahad ja tue.. adoiyai...
awat laa... macam takdak hari lendah nak buat kenduri... peninggg aih.. duk mkn daging plak lagi.. makk oiii... bikin pusing lorhhh...
huhuhu... aku kena cntrol neh.. kna mkn sket2 sajork...
Saturday, May 8, 2010
~~HAPPY MOTHER'S DAY~~
HAJJAH NORLIA BINTI SAAD
YOU ARE THE ONLY MOTHER THAT I EVER HAVE. THANKS SO MUCH FOR ALL OF UR SACRIFICE. I LOVE U TOO MUCH..
...................... I LOVE YOU................................
Hundreds of stars in the pretty sky,
Hundreds of shells on the shore together,
Hundreds of birds that go singing by,
Hundreds of lambs in the sunny weather.
Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But only one mother the world wide over.
M - O - T - H - E - R
"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be, Put them all together, they spell "MOTHER,"
A word that means the world to me.
Friday, May 7, 2010
lepas dah...
ermmm aku just nak gtau yang aku dah lepas paper japanese td... YA Allah.... agak susah... tapi aku dah berusaha n give all out... tawakal je la skang...
ermmm agak merungsingkan jgak la kpala otak neh... adoiii takpe la... benda dah lepas... lepas nie fokus tuk 4 upcoming paper plak....
take care all
wassalam
sushi oh sushi...
tak sabar aku nak balik buat sushi cuti neh....
adoiii laaa... penangan apa ntah tetiba nak mkn sushi mushi nehh...
sabar ek... 20 hb nie balik leh la masak apa yg nak d makan.. wawawa... best best best...
satg exam aku nak jawab sushi mushi ja.... opsss... tak la... aku jwab the best....
clouded morning...
ermm aku still duk carik2 mood jepun.. Ya Allah kenapa laa aku susah sgt nak dptknnya neh... adoiii.. dah la ptg nie aku final japanese neh.. ermmm... susah jgak jepun nak masuk dalam otak melayu aku neh... adoii laaa...
duk ckp2 pasal japanese neh kan.... tadaaaaa...
:
:
:
:
adoihhh... meleleh air liur wehhh.....
smua nak amik!!!!
layan je la pic neh sambil telan air liur.. hahahaha
pic nie pun sama.... balik nie aku nak wat sushi plak... jom sapa nak join.. mai umah aku okeh!
ermm... wish me best of luck la... aku nk smbung study n hafal particle2...
take care
wassalam....
Thursday, May 6, 2010
aku gembira...
sbenarnya kan.. banyak entry yang aku nak buat... memandangkan dah terlepas.. aku himpun smua skali ja...
06.05.10
Alhamdulillah... 1st paper berjaya aku tempuhi... Terima kasih YA ALLAH kerna memanjangkn umurku dan memberikn aku ketenangan dalam menjawab paper ari nie.... lagi 5 paper to go... esok paper yang agak menyerabutkan kpala otak aku.. paper Jepun.. adoiii hai.. Doakan aku berjaya menempuhi semuanya dengan penuh kecemerlangan....
05.05.10
aku balik kampus... huhuhu sbbnya esok aku dah start exam... wish me luck ek...
04.05.10
Pagi2 lagi aku dikejutkan ngan sms abg n SIL... kakak iparku selamat melahirkan baby boy.. Alhamdulillah n tahniah... Finally, yang ditunggu tiba jua... dapat juga baby boy... kakak ku dh tutup kilang pasnie... dah lengkap katanya... 3 girls n a boy... hehehe... nampaknya kakak iparku berjaya memecahkan rekod cucu sulung lelaki.. huhuhu... sonoknyaaa aku....
p/s: kak ayu bila lagi nak tambah ahli majlis?? huhuhu cepat... ligan kak ros tue.... cepat kakkk...
03.05.10
hari ini amat mengigatkan aku pada seseorang.... Ya Allah.. kuatkan hatiku dari terus mengenangkannya... apa pn HAPPY BIRTHDAY TO U... sesungguhnya aku tak penah lupakan tarikh ini... semoga dikau bahagia dan gembira dengan jalan hidupmu teman..
01.05.10
HAPPY WORKER DAY... kepada semua yang kena bekerja, jalankan tanggungjawab anda dgn penuh komited okeh!!! termasuklah HH... siannn...
BBQ dijalankan dengan jayanya.... kak ayu tukang perap ayam n hotdog, potong carrot n kubis for coleslaw n tukang bakaq ayam bersamaku... emm yummy... sedap sgt... hotdog abis dulu lg... amatlah best... tapi lepas mkn aku sakit perut.. huhuhu... sbb ptg tue aku dh mlantak mcm2... Lesya manusia paling free mlm tue.. dia pun sama naik sibuk nak bakaq ayam... huhuhu ciannn slama nie duk kena kurung ja... kak, nnt kita leh la buat lagi... kita wat besaq punyaaa n pelbagaikn deserts.... okeh!!! tapi takmau bakaq dalam gelap... huhhh siksa jiwa ragaku duk tenung ayam tue....
30.04.10
abis je Japanese's presentation aku balik umah, kemas barang n cabut p pudu... dari pudu aku n adik aku amik shuttle bus p duta... huhuhu alangkah dukanya aku bla sampai duta tket balik sik abihhh... adoiii... aku mmg terlupa yg esoknya cuti worker day... adoiiiii tnsion ngan jepun smpai aku xleh igat... terpaksa la aku naik pujaanku... huhuhu kena la trun kat dataran gurun jgak... addoiiii... punya laa rushing.. lenjun baju aku... perut yg berkeriuk mmg jgn cakap laa... aku tgk adik aku, adik aku tgk aku.. kami renggah gelak... haaaihhhh... takpa... janji smpai kanmpung halamank terchenta....
sekian update terkini dari aku...
take care
wassalam
Thursday, April 29, 2010
jepun oh jepun..
punya la aku bengang pg td..
オハイオ州怒っ (Ohaio shū oko tsu) (geram sgt2)
aku bgn ngan semangat nak p interview jepun..
sekali bla aku dh siap, ubai ckp dia taknak interview dah...
smbung esok lak..... adoiiii bikin panas hati aku jaa....
smntara aku beringatan kuat neh... aku nak je la trus diinterview...
adoii sabar je la... dah la esok ngan presentationnya lagi...
haaaiippp.... bikin sakittt...
oklahhh aku nak siapkn keje kcc, btolkan report se n hafal kaiwa tepon...
esok nak balik umah.. yaahuuu..
世話をする (Sewa o suru)(take care)
wassalam...
Monday, April 26, 2010
siap jgak KA
hehehehe
syoknya aku, keja2 KA(Knowledge audit) aku da siap... yewhuuuu... last td aku wat knowledge mapping.. perghh sakit sendi mendi blakang aku neh... dah brapa ari aku duk ngadap bendalah nie ja... aduhaii .. siap jgak.. tggal nak present je esk..
lpas nie aku nak focus on japanese lak.. adoiii nie pun bendasing yang wat otak aku srabai gak...
huhhhh penat wehhh..
aku nak tido dgn senang lenang n aman damai.. nak silentkan phone aku.. huhu... jgn kaco tido aku okeh!!!
oklah allz... nite..
aku nak land to the dreaming zone dgn menaiki gondola ajaibku...hiihihi
daa.... take care
wassalam..
Sunday, April 25, 2010
bangun pagi..
おはよう (ohayo - pagi)
happy weekend~~幸せな週末 (Shiawase na shūmatsu)
ermm aku jgak takleh nak senang lenang berweekend.. hurmm nak siapkan K.A punya pasai..
ラ疲れ (Ra-zukare-penat la..)
aku bgn pun agak lmbat jgak la.. smalam aku tido terjaga2 sebab batuk n sakit dada.. petanda apakah itew?? hurrmmm gatal sgt duk makan kacang tak hengat~~ padan muka ku...
bgn td aku dgn smangat nak mandi sbb nak siap g wat keja ngan azim.. huhu masuk bilik air... bkak pili... tadaaaaa.... AIR TAK ADA!!! bgai nak sawan sat akakk..
adoii laa msa neh la nak wat air takdak la, air sumbat la, air sangkut la... perghhhh
aku wat muka sedih masuk bilik... air takde laa... huhuhu roomate aku yg baru duk bukak mata trus jd mata ikan jaket.. hahaha btoi la takdak ayaq(loghat kedah okeh!)
aku menung sat depan lappy... skali roomate aku ajak mandi kt surau depan, huhuhu aku suh dia try bkak paip tgk.. ada ayaq ka tak.. skali bkak ada... hehehe tak tggu lama.. aku leh mandi... yahoooo... susah aati weh kalo takda air neh.. bleh buat jiwaku tertekan.. hehehe...
oklah aku nak citer yang tue je pun..
daaa... take care allz
wassalam
Saturday, April 24, 2010
tak abis2 lagi...
Td aku duk selak2 metro..hahaha mood nak baca paper tiba2..
hurm aku igtkan dah abis kes memey n norman..
rupanya perbicaraan still duk jln lagi.. huhuhu... lama gila... mcm2 hujah yang dikeluarkan.. aku takmau komen lebih2 sbb aku taktau ujung pangkal.. tapikan.. aku musykil ngan satu pernyataan dlm news yg aku bca td..... ermm biarr laa...
ari nie aku nak menyetelkan kain baju aku yang tertunggak tue... dah over due pun.. kalo tangguh lagi mau melimpah la.. kalo kuah gulai yang mlimpah ke atas nasi sedap... huhuhu tp bila kain baju mlimpah ruah aku jadi sakit mata..hehehe..
oklah aku nak membasuh dulu...
take care all..
wassalam..
Friday, April 23, 2010
Finaly...
hurmm bad news...
mcm aku kata smalam.. aku mmg xdpt lgsung mood study jepun... adoiii laa.. penyudahnya aku hentam cromoc ja jwb test td... then aku smpai takleh nak recognize dlm test paper td rupanya ada soalan ulangan test dulu.. adoii... smpai tahap cmtue.. dah abis aku tgk2 balik... adoii laa... padan la.. smalam bgai nak gila aku cari past question test aku.. msa tue jgak la tak jmpa... arrghh smuanya menyepoil kn mood aku.. aku tensi tahap lahar gunung berapi nehh...
arghhhh aku nak nangis tapi tak mau nangis... uwaaaa... dah la listening test pun laju.. huhuhu nasib aku laa sbb aku mmg out of attention.. huwaaaaa...
dah la... redha je la.. aku AKAN back up balik msa final nnt...
oklah.. take care...
wassalam..
Thursday, April 22, 2010
~~pancing mood~~
ermm aku neh sbenarnya tgh menunggu kehadiran mood.. aku nak study jepun neh... esok pg aku ada test n interview jepun... YA ALLAH... permudahkanlah urusan aku neh... aku takdak langsung mood nak study... adoii adoii adoiiiiiii....
susah la kalo sampai tgh2 mlm satg pun takdak mood jgak neh.. at last sok pg aku yg moody.. isshhh mencik la... tolonggg akuuu....
adoii terseksa jiwa raga bakul tong sgala mak nenek... arrghhh
aku nak lena dulu.. harap satg aku leh bangun n study.. Amin...
chiau...
take care all..
wassalam..
Love Story...
semangat tahap gaban nak update blog pagi neh.. aku mcm tak tau la psaipa kbelakangan neh aku masyuk sgt duk tgk cita korean... huhuhu lpas abis satu crita satu crita aku layan.. adoiii penyakit bermusim neh... dah la nak exam dah... hurmm.. mcm mana neh~~~ tambah2 cita love story in harvard tue... lagi la berpuluh kali aku ulang tgk.. adoiii bahaya nehh~~ wlaupun cita ni dh lama since 2004(ditayangkan di korea la.. huhuhu), tapi aku suka gila tgk...
penangan Kim Hyun Woo (Kim Rae Won) ngan Lee Soo In (Kim Tae Hee) la nehh... sweet sgt cita neh... ada part yang leh termengalir air mata.. hahaha.. jiwang...
oklah... thats all je..
take care...
Wednesday, April 21, 2010
BAZAAR ILMU 2010
sbenarnya citer neh dh agak basi kot... tapi aku baru berkesempatan nak updatekn...
Bazaar ilmu 2010.. tu lah nama yg diberikn utk event neh(dijayakan oleh senior2 aku)...
bazaar yang mendedahkan pasal KM(Knowledge Management)
idea buat event neh daripada lecturer KM kami.. Miss Naza.. huhuhu.. Event nie sbenarnya utk subject IT Project Management... aku kagum sgt, wlaupun diorg tak sampai 10 org tapi leh manage event yang boleh dikatakan besar jugak la... congrates to all of u "seniors" good jobs...
maybe sem depan aku plak yang akan merasai debaran sbenar utk manage event neh... dalam event neh pun aku jd comnittee member jgak... tolong apa yg patut... tapi at last terperuk kat dapur sajork.. hehehe.. hehe takpe... leh sumbangkan tenaga yang tak seberapa...
dari event neh mmg banyak ilmu yg kitorg boleh capture.. sbb speakers yg dtg bukan calag2 org.. smuanya experts2 yang amatlah berpengalaman... mmg agak jelas dengan apa itu km dalam organization.. KM nie mmg best dan menarik kalo di explore lagi.. dulu msa mula register utk course neh.. mmg aku taktau apa lgsung... -ZERO-
create... capture.. codify... implement...
sampai penah aku nak give up ngan KM.. huhu.. at last ada org support aku n nak aku teruskan.. so aku kuatkan semangat, cekalkan hati. aku terus blajar KM.. mmg amat best... makin lama aku rasa makin seronok... KM mmg the best...
erm tue layang dpt aku critakan sket.. im rushing...
take care all..
wassalam...
hepi..HEPI..hepi..
hehehe update besar besaran pun namanya kan...
heheh hatiku berbunga riang... thanks Allah.. kurniakan aku kebahagian hidup... huhu... HH aku sayang padamu sampai bila-bila..
愛してる。 (aishiteru)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
hehe tiba2 nak nihongo lak... practice laa.. next week aku ada presentation nihon... huhuhu..
oklah... aku ada keja nak siapkan...
take care all..
wassalam..
-RESEPI CINTA & BAHAGIA-
Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa adanya jikalau kamu tidak menghormatinya. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”
Kekuatan untuk memberi
Jika kamu nak menerima cinta, kamu harus memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan bermacam-macam kebaikan. Rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan BUKAN “Apa yang akan aku dapat?”.
Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang sadanya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah asas dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..
Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”.
Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku.. Hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.
Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut/ego untuk mengucapkan 3 kata sakti : “Aku cinta kamu”. Jangan melambatkan kesempatan untuk mengucapkan kata-kata itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon? apa yang akan kamu katakan padanya sekarang?
Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berganda, kamu harus mempunyai komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat dengan komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmen lah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Cinta dan kegembiraan selalu sama dan seiring, harus kita lakukan adalah dengan memenuhi hari-hari kita dengan penuh semangat..
Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang akan menjadi curiga, cemas, takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan emosional, menjadi tertekan. Cintailah dia sekadarnya dan semampu mu. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu berfikirlah sedalamnya sebelum kamu pergi lebih jauh dengannya.
*sumber dr web...
MEMUJUK HAT!
Coretan hatiku.. ntah kenapa tiba2 aku rasa nak bermadah.. meluahkan segala isi perut, hati n jantungkan yang berserabut.. Ya Allah.. kurniakanlah hambaMU ini kekuatan yang abadi…
Mungkin Tuhan sengaja mahu aku berjumpa dengan orang yang salah sebelum aku menemui insan yang betul supaya apabila aku menemui insan yang betul, aku akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Ya.. mungkin ini yang aku alami sekarang ini.. Jika ini yang betul untukku, Terima Kasih atas kurniaan ini..
Selalunya kita tidak reti menghargai apa yang kita ada sehinggalah kita kehilangannya. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Berdoalah agar perhubungan terus kekal ke akhir hayat…
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba untuk mendapatkan yang terbaik di dalam hidup. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia, dimana mereka-mereka ini telah menyentuh hidup mereka. Huhuhu.. fahamilah sendiri ayat yang agak terbelit2 nie…
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum, kerana dengan sekuntum senyuman boleh mencerahkan hari yang suram. Carilah insan yang membuatkan hati anda tersenyum, akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindu seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.
Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita ini kerana apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis..
Take care all…
Wassalam…
UPDATE BESAR BESARAN!!
Salam allz…
Mood nak update datang bergolek.. hehehe
Di hari weekend yang indah nie dgn redup2 cuaca, angin bertiup sepoi2 bahasa, alangkah indahnya kalo leh sambung tido.. argghhh mimpi la.. keja mlambak sapa nak buat?? Haa jawab sat.. kalut ja nak sambung2 tido… kalo la bleh kan… tapi apakan daya, bagun pg ja aku dh sbuk buat keja yang x siap lagi… due datenya brapa ari ja lagi pun… adoii nie la padahnya kalo tak mau start buat awal2.. tapi kan aku dah start buat dr awal okeh!! Bila nak siap keja aku ada la yang duk follow up kot blakang.. argghhh bikin sewel.. baru aku brangan nak relax sat smentara amik mood nak study utk final.. adoii laa geramnya aku… harap2 nie last keja yang aku buat.. takmo dah… otak aku sakit pikir asaimen yang tak penah siah slagi aku bertitle “stoodent”
Haaa citer lain lak…
Start jumaat kelmarin dulu ada PC Fair kt KLCC… huhuhu… aku amatlah geram n tergedik2 nak p.. tapi kalo aku jejak pc fair itew sah2 lah duit aku mlayang paling sket pun tiga ratus hengget… Aku pun heran la… nampak beli je bnda yang alah2 tue tapi bla bayarnya cecah tiga ratus hengget.. adoii laaa… sebab itew aku pakukan kaki aku erat2 kt sini supaya x jejak pc fair… huhuhu… member aku citer plak camera NIKON DSLR amatlah murah smalam dan tgh SALE!! SALE!! SALE!!(aku amatlah tertarik dgn empat abjad neh) Arrghhh lagi buat aku penasaran wehh… tapi aku kuatkan hati… aaaaaaa sabaq ja laa… aku kena kuatkan ati dulu okeh!!! Takleh ikutkan sgt kata ati yang mcm2 nak… ikutkan ati.. mati la… sabaq Hanie.. sabaq banyak2… hehehe…(tenangkan ati la konon) ok abis pasal benda alah neh…
Pasal AV aku plak…
Smalam aku duk update la av aku tuh… update punya laa lama sbb tenet mcm siput sedoot.. dah smpai 98% tenet plak disconnect… arrgghhhhhh panas aku beb!!! Bukan skali.. dh berkali2… aku pun taktaw apa msalahnya… at last aku ckp kt lappy aku neh, kalo skali lg aku xleh update av, lantak dia laaa, aku campak ja kat luar tinggap tue… kerana tenet aku marahkan lappy.. tak berhati perut langsung.. geram der.. lappy aku neh mcm memahami penasaran tuannya plak.. finally, bleh la jugak aku update av aku tue…
Tak pe laa… dh siap.. aku pun nak off la… tup tup appear la pop up yg aku nyampah tengok.. dia kata av aku out of date n series’s number blacklist… kepala otak dia laa.. mangkuk gulai btoi laa.. menatang apa yang kena blacklist plak… nie msti pasai aku duk update byk2 kali td neh… arrghhhhhhh bengongggg… mencik… malas aku nak pikir dah.. masa nie la nak cari pasai ngan aku… lantak kamu la.. tggu aku abis exam next month baru aku update balik..
Argghhh semuanya buat hati aku panas…. Tak tambah lagi ngan masalah sebelah menyebelah… hurrmmm.. ~~hidoopp hidoopp~~~
Lagi satu aku amatlah geram ngan mamat neh… dia buat layan tak layan ja aku neh… igt aku nie tunggul kayu kea pa?? ke baby doll dalam lemari kaca tuh?? Adoii laaaa…. HH, kalo baca entry neh, tolong laa concerned sket dengan diri saya ineh… camna la aku nak cakap nak bg dia paham… tak larat dah aku nak memendam perasaan… makin lama makin tangled… Tak mintak pun lebih2… aaaaaaaaaaaa nak jerit ja kat telinga dia…. Biar muntah smua isi dalam telinga dia tuh… hopefully.. hopefully… hopefully… fahamilah aku… uuuwaaaaaa…..
Orang kata… Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.
InsyaAllah… selagi aku mampu akan aku perjuangkan rasa ini… bagi aku biarlah ini yang terakhir.. Kerna aku pernah kecewa.. lumrah dalam berkasih.. Memang sakit bila kecewa.. Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Huhuhu tak pepasal aku duk jiwang karat lak.. dh lama aku tak meluahkan perasaan neh.. kepada yang membaca.. kalo rasa geli nak baca, jgn baca k.. sebabnya kat sini memang aku createkan untuk aku luahkan segala isi hati aku… kepada yang memberi komen membina terima kasih…
That’s all for now… will see u later..
Take care all..
Wassalam..
Saturday, April 17, 2010
lamanya...
huhuhu entry cam gempak...
sebabnya mmg lama... tak menghupdate blog neh.... hehehe quite bz ma...
sebenarnya byk crita yang nak diceritakan... tapi masa nie cam dengki ja.. asal aku duk typing story mories ada la yang tak kena... mencikkkk aku...
takpa la... wat msa nie aku update ja sket menyatakan bahawasanya aku still lg ada hati utk berblogging... kalo berfacebook aku dh malas tahap tassadey... huhuhu....
final exam pun just around the corner dah... salah lap mmg saket la... saket yang mungkin utk smentara? utk slamanya? huhuhu pikir la sndri....
adoii laa tenet lambat mcm siput.. gerammm... nie la slah satu sbb yg membantutkan aku tuk update blog.. arrghhh tensi..
ermmm kna stop la dulu.. aku post entry nie dulu sblum apa2 jd.. hahahaha...
take care eberibody.... have a nice day....
wassalam
Tuesday, February 23, 2010
Tuesday, February 9, 2010
bila datang anginnya...
nie la jadinya bila aku dlm unstable situation.. ggRrrRRRR.... sesungguhnya aku amat angaukan camera Nikon DSLR...
nie hasilnya bila aku jd begini...
D a N i NI.....
dann iini....
Friday, February 5, 2010
cintailah aku sepenuh jiwa..
lpas mkn td aku duduk2 depan youtube.. then trasa nak cari lagu liza hanim neh... adeeiii dapat la plak... slama nie aku duk google kt 4shared x dpt pun... huhhh.. takpa la... layan ja... sweet sgt lagu neh... kt sni aku entrykan lyric je la.. hua hua hua...layanzz....
Cintailah Aku Sepenuh Jiwa
Melihat dedaun di taman
Yang gugur bersama airmata
Dipagar bunga kesedihan
Harumnya mengundang luka kisah silam
Sepatutnya kita masih kekal bercinta
Namun apa yang hilang ialah kemesraan
Mengapa ia berakhir
Saat-saat kita bahagia
Dan kini sedang kesuntukan waktu
Imbas semalam masih hangat terasa
Diriku ini kau cintai dan kasihi
Tariklah balik kata-kata yang luluh memisah kita
Cintailah aku sepenuh jiwa
Serlahkan hati yang gerhana
Suburkan semula asmara
Kesalahan dulu sememangnya milik kita berdua
Pulangkan kembali cintamu
Hiaskanlah dalam hatiku
Semoga cinta kita bertemu
Beralas kasih tulus suci abadi
Mengira dedaun di taman
Yang gugur di pipi berlinangan
Terkejut aku dari lena
Dibasahi airmata kesedihan
Tuesday, January 26, 2010
26.01.2010~Al Fatihah..~
hari ini 26 January.. hari lahir arwah abah... kalo arwah abah still ada.. genap la 59 tahun umo abah... tapi apakan daya.. Allah lebih menyayanginya... hatiku amat walang ari nie mengingatkan masa2 laluku...
abah... anakmu ini terlalu merindu kehadiranmu..
I MISS HIM SO SO MUCH
Ku rindukan masa laluku... ku rindukan kata nasihat n semangat darinya... ku rindukan masakannya... ku rindukan senyumannya... ku rindukan ketegasannya dalam mendidikku.. ku rindukan semangatnya dalam kerjaya.. Ya Allah.. sesungguhnhya anak ini amat merindui kehadiran Abahnya...ku rindukan kemeriahan kita sekeluarga menyambut hari kebesaran..
Ya Allah, aku mohon padaMU... KAU pimpinlah aku ke lorong keberkatanMU... KAU tutupkanlah lorong KEGELAPAN utk aku lalui.. jadikanlah aku anak yg berguna kepada kedua ibu bapaku.. Untuk aku terus jadi insan yang solehah... Yang boleh membahagiakan ibu bapaku..AMIN... kepada insan2 yang stil ada parents... gunakanlah setiap kesempatan yang ada utk terus berbakti dan menyayangi mereka... pabila mereka tiada lagi di dunia ini, tak kan ada lg ganti yang serupa mereka... takkan ada lagi peluang kedua utk menebus salah silap kita...HARGAILAH mereka selagi hayat mereka di dunia ini...
aku sbg anak yang telah dan pernah merasai kehilangan org tersayang, amatlah berharap agar aku mendapat semula masa laluku... tapi semua itu hanyalah MIMPI.. takkan ku dapat balik walaupun aku mengangis air mata darah...
Abah.. amanlah disana bersama para solihin... anakmu sentiasa mendoakanmu... Al fatihah...
~ABDULLAH IBRAHIM DI HATIKU SELAMANYA~
Sunday, January 24, 2010
~~Aku~~
Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan dan keyakinan.. utk ku trus tabah menghadapi masa depan...
ku sedar aku dan kau slalu bercanggah pandangan... tapi ku tabahkan hati... ikut rentak tarimu...
YA ALLAH.....
sesungguhnya aku makin.....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Saturday, January 23, 2010
kesepian~~
lamanya x mencurah rasa hati... ntah la.. byk yg nak diluahkan.. msalahnya tak terluah plak bla dh ngadap mrs lappy neh... payah toi...
semenjak 2 menjak neh bosan sgt... nak kata xdak kawan... mlambak.. nak kata takdak boypren.. ada.. tp adoiii still sepi... bengong toi...
ermmm stakat nie ja yg aku leh type.. hahahah dh ketandusan ayat... mmg bengong...
xpa la.. len kali aku tulis panjang2.. kna amik feel dolu... huhhh alasan....
oklah allz..
take care n sayonara...
Saturday, January 16, 2010
sujud
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
**suka sgt dgr lagu neh...