CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku… hanya untukMU Ya Allah..

Wednesday, April 21, 2010

MEMUJUK HAT!

update - 19.04.10

Coretan hatiku.. ntah kenapa tiba2 aku rasa nak bermadah.. meluahkan segala isi perut, hati n jantungkan yang berserabut.. Ya Allah.. kurniakanlah hambaMU ini kekuatan yang abadi…

Mungkin Tuhan sengaja mahu aku berjumpa dengan orang yang salah sebelum aku menemui insan yang betul supaya apabila aku menemui insan yang betul, aku akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Ya.. mungkin ini yang aku alami sekarang ini.. Jika ini yang betul untukku, Terima Kasih atas kurniaan ini..

Selalunya kita tidak reti menghargai apa yang kita ada sehinggalah kita kehilangannya. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Berdoalah agar perhubungan terus kekal ke akhir hayat…
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba untuk mendapatkan yang terbaik di dalam hidup. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia, dimana mereka-mereka ini telah menyentuh hidup mereka. Huhuhu.. fahamilah sendiri ayat yang agak terbelit2 nie…

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum, kerana dengan sekuntum senyuman boleh mencerahkan hari yang suram. Carilah insan yang membuatkan hati anda tersenyum, akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindu seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.

Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita ini kerana apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis..

Take care all…
Wassalam…

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers