CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku… hanya untukMU Ya Allah..

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Watch your Thoughts, they become Words!

Watch your Thoughts, they become Words! Watch your Words, they become Actions! Watch your Actions, they become Habits! Watch your Habits, they become Character! Watch your CHARACTER!, It becomes your DESTINY!!!


Thursday, July 21, 2011

New Life

salam...
lamanya aku tak menghupdate blog ku ini... huhuhu... nampak sangat banyak sawang... hahaha.. meh aku nak wipe smua sawang2 tue ari ni...

sebelum nie aku keja.. so mmg tak sempat la aku nak hupdate blog neh... nak berfb pun kdg2 aku xdan... ini kan lagi nak hupdate blog bagai bala... la nie ada la sket kelapangan....yuhuuuuu... tapi tak la lapang sangat... aku terkejar2 dengan banyak keja skang....

ermmm skang aku dah start practical... Alhamdulilah dapat tempat yang dekat dgn umah... hurmm.... start 18 july ari tue sampai la ujung bln oct neh.... so, wish me luck la utk praktical neh...

sekarang aku dah ada new life... selamat tinggal kisah silam... selamat tinggal penderitaan... selamat datang kebahagiaan...Ya Allah aku bersyukur atas kurniaanmu ini.... Kau terus tetapkan lah anugerah ini kekal untukku dan dia... bahagiakanlah kami ke akhir hayat kami.... Amin Ya Rabbal Alamin.... Sesungguhnya hubungan yang terjalin ini adalah keranaMU Ya Allah...

huhuhu... oklah... ni dulu untuk waktu ni.. sat2 lagi kalo free aku hupdate lagi... banyak lagi ceritera yang nak aku sampaikan... tunggu.....

take care all...
wassalam...

Monday, January 31, 2011

kesibukan yang melampau

salam...

alhamdulillah.. ari nie berpeluang jugak aku update blog neh.. adehh.. bz sgt lately..
last week full ngan pelbagai keja... sbtu n ahad p kursus kawen... Alhamdulillah... best.. byk ilmu dpt dr situ.. hua hua hua... ayat skema... adeii.. serious... byk sgt dpt ilmu baru... leh wat knowledge sharing pasnie... sapa2 nak tau?? angkat kakitgn.. hehehehe....

hurmm.. esok dah masuk february... cepatnya msa berlalu.. adoii.. makin kelam kabut neh... byk lg yg tertangguh... kena cepat2 siapkan... masa itu emas okeh!!

dah tak lama lg neh nak final exam... wo wo wo... kalo la alu ada kuasa nak lambatkan hari nie.. akan aku stop barang 2-3 bulan sat masa tue... tak terligan nak buat sgala bagai... huhhh... robot pun kalah neh..

hurmm... tadi nak upload gambar2 msa kursus kawen tue.. tapi tenet nie ampeh plak.. slalu camneh.. time aku ada mod nak berblogging, mula la nak buat sengal tenet neh.. hisshhh potong btoi la..

dah la.. malas dah nak lama2... nak buat keja lain plak...

take care all..

see then.. wassalam

Tuesday, December 14, 2010

KMS~~KMS~~KMS~~

salam allz...

huhh.... sight...
dalam lab pun sempat jgak nak berblogging.. apa laa budak neh.. hampeh!!! ntah la.. budak mna xtau!! ngeeee :P

ermmm dr kol 2 td lg class kms neh.. naik muak pun ada gak... motifnya: aku takleh duk dlm class lama2.. mula la otak aku duk planning yg bukan2... adeh!! sejuk+lapaq= ampeh la!!

hurrmmm... dlm kpala otak aku duk menari2 ja burger ayam mayo... adeiiiii lapaq neh... tambah plak sejuk2 neh.. lg la...

activities dlm lab ari nie.. find out the adv n disadv for KM framework.. ok lagik... dah siap buat smua kna la present plak... mmg best sgt la.... adoii... dr dulu kn smpai la skang.. kalo nak present apa2 aku takleh laa nak sorg2.. mesti ada couple.. still duk nervous.. cmna ek nk ilang kn nervous nie.. mmg penyakit permanent la kot dlm diri aku neh... dulu aku dgr ada jual ubt ilangkan nervous.. tp aku tak tau la setakat mna kebenarannya... hurm... ok lahh class dismiss...

then.. see u then...

take care..
wassalam..

Saturday, December 11, 2010

wohhhh... bosannya di ari sabtu neh

salam....

ermmmm bangun pg2 tadi dah rainy outside... adoiiii rosak plan aku nak membasuh kain baju ari nie... tapi aku buat mcm tak endah ja ngan apa yg berlaku di luaq sana... huhuhuhu... aku tetap gigih membasuh kain baju jgak... hrap sat lg sang mentari tak malu nak menyinarkan teriknya... huhu.. mau tak nya... banyak kot baju2 yg tebal memerlukan terik sang matahari tue... tak mau la aku jemur baju dalam umah... bau pun tak se'fresh' jekur kat luaq tue....

adeiii... pg2 dh start membebel... bosan wehhh... nak ja aku balik kg.. huhhh gigih... nasib la ari senin pg neh ada briefing on LI.. kalo x dh selamat aku "home sweet home" aiceehhhh... mmg gigih anak Pak Lah sorg neh....

banyak sebenarnya yg nk stdory.. tp nak break sat.. nk msak utk lunch... msak simple mimple ja... nama pun duduk bujang kan... hehehe... ok dear.. see u later ek..

take care all

wassalam..

Wednesday, December 1, 2010

penghujung tahun 2010 & 1431H

salam...

lamanya daku tak mengupdate blog neh... adehhh... amatlah bz.. tmbah skang dah last sem.. bertambah la ke'bz'annya.. tapi tetiba td teringat plak nak uodate blog yg dah lama jd muzium neh.. huhuhu...

so far takdak apa yang nak dibebelkan.. ari2 yang berlalu aku rasa cepat sgt.. tup tup dah penghujung tahun... Alhamdulillah... aku masih lagi berpeluang untuk teruskan hidup di atas muka bumi Allah ini... Alhamdulillah...

dan tak lama lagi aku pn dah nak abis study... Ya Allah.. kuatkanlah semangatku untuk aku trusskan perjuangan ini... permudahkanlah segala urusanku.. Amin...

take care all...
wassalam

Wednesday, September 15, 2010

Hebatnya Gelora ini...

Musim musim berlalu.... ku masih menantimu... walau lama terpisah... tiada khabar berita kau tetap jua di hati ini bertakhta...

ku ingin melupakan.. pahitnya pengalaman.. tetapi hati ini amat degil sekali... wajahmu jua yang datang menghampiri.. Ya Allah...

engkau pergi tanpa sepatah pun perkataan... kini kau kembali... kerana rindu ini.. sombongku terketepi.. mengatasi sgala.. biarlah cinta kita terpelihara dgn restu yang ESA...

Percintaan yang indah.. bila berakhir dengan kebahagian adalah satu nikmat dunia yang tiada tandingannya.. Namun kiranya takdir telah menentukan bahawa perpisahan adalah jalan terbaik untuk sebuah percintaan, maka terimalah ia dengan hati yang penuh redha.. Sesungguhnya menyintai yang Maha Esa adalah cinta yang tiada penghujungnya, begitu juga Cinta Allah terhadap kita..CINTA ABADI.. yang kekal selamanya…


aku nak ja lari dr smua kmelut ini... tapi takkan ada kesudahannya kan.... its over before.. but now its begin...AGAIN...

Ya Allah.. aku buntu... bantulah hambamu ini Ya allah...pimpinlah aku ke jalan yang benar... Amin..

Saturday, August 28, 2010

ETIKA KASIH SAYANG

29 NILAI BAIK YANG PERLU DIHAYATI

1 Agungkan Allah dan ingat selalu kelemahan diri kita
2 Amalkan budaya ziarah menziarahi
3 Amalkan budaya bertukar-tukar hadiah
4 Amalkan syura' untuk kepentingan bersama
5 Bertoleransi asal tidak melibatkan dosa
6 Berjabat tangan ketika berjumpa dan ketika hendak berpisah
7 Beri nasihat saudaramu yang meminta nasihat
8 Beri tempat duduk untuk saudaramu disesuatu majlis
9 Bersikap adil dan tidak berat sebelah
10 Baik sangka sesama muslim
11 Bila berhutang hendaklah dibayar
12 Bila bersalah segera minta maaf
13 Hayati budaya suka bertegur sapa
14 Hormat menghormati antara satu sama lain
15 Iringi ke tanah perkuburan jenazah saudaramu
16 Lazimkan solat berjemaah
17 Lakukanlah kebaikan kepada orang yang berbuat jahat kepadamu
18 Lupakan kebaikanmu kepada orang
19 Muliakan tetamu dan layan dgn wajar
20 Muliakan yang tua kasihani dan pimpin yang muda
21 Sentiasa senyum dan manis muka ketika bertemu saudaramu
22 Sertailah suka dan duka saudaramu
23 Tawadhuk sesama muslim
24 Tepati janji bila berjanji
25 Tolong saudaramu yang memerlukan pertolongan
26 Tunaikan jemputan saudaramu
27 Tunaikan zakat dan banyakkan sodaqah
28 Ucapkan salam ketika berjumpa/berpisah
29 Ziarhilah saudaramu yang sakit


29 NILAI BURUK YANG PERLU DIJAUHI

1 Jangan berbisik-bisik sedang saudaramu dimajlis yang sama
2 Jangan berdusta terhadap saudaramu
3 Jangan berpaling muka bila bertemu saudaramu
4 Jangan dedahkan aib saudaramu didepan orang lain
5 Jgn diungkit-ungkit kebaikanmu kepada orang
6 Jangan berdendam
7 Jangan berlaku khianat terhadap orang
8 Jangan ganggu keselamatan jiran
9 Jangan hasad dengki
10 Jangan jadi batu api
11 Jangan jadi gunting dalam lipatan
12 Jangan kedekut
13 Jangan keras kepala
14 Jangan lakukan perkara yang dibenci oleh saudaramu
15 Jangan lupa kejahatan yang anda lakukan kepada orang
16 Jangan mementingkan diri sendiri
17 Jangan memotong cakap orang
18 Jangan mengumpat
19 Jangan memfitnah
20 Jangan menganiaya saudaramu
21 Jangan merampas hak orang
22 Jgn menganiaya kawan kerana ingin naik keatas
23 Jgn sakiti jiran/saudaramu
24 Jgn sombong atau bongkak
25 Jgn suka menenung pintu/tingkap rumah jiran
26 Jgn suka marah ikut nafsu atau perasaan
27 Jgn mencari kesalahan orang
28 Jgn suka menyumpah seranah
29 Jgn terlalu suka berhutang

Jangan lah bersedih~~

lumrah hidup insan... dambakan kasih sayang... Benar.. Fitrah insani inginkan bahagia Ingin dikasihi dan mengasihi Ingin disayangi dan menyayangi Ingin dicintai dan menyintai Hingga kadangnya terlupa.. Betapa menyintai dan ingin dicintai manusia Bukanlah kemuncak cinta Malah bukanlah hakikat bahagia! Yang sebenarnya.. Bahagia itu ma’nawi Jua bersifat rohaniah Lantaran kebahagiaan haqiqi seorang mu’min Adalah dengan mencintai Tuhannya. Kerana.. Cinta kepada Allah.. Adalah cinta yang tiada tandingan dan bandingannya Cinta yang paling memuaskan dan menenangkan Buahnya amat menghiburkan dan paling membahagiakan Ya’ni bahagia yang mendasar.. Yang dasarnya lebih dalam dari segala yang dalam. Justeru wahai insani.. Burulah bahagia, hayatilah zikrullah Jadikanlah ia cita-cita murni nurani Agar hatimu tenang dan tiada keluh-kesah Percayalah.. Andai kau temui bahagia Pasti ‘syurga’ sebelum Syurga menjadi milikmu Bahagia.. Moga menjadi milikku dunia Akhirat..
Amin...


sumber: website

Wednesday, April 21, 2010

-RESEPI CINTA & BAHAGIA-

~: RESEPI CINTA BAHAGIA: ~

Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa adanya jikalau kamu tidak menghormatinya. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”

Kekuatan untuk memberi

Jika kamu nak menerima cinta, kamu harus memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan bermacam-macam kebaikan. Rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan BUKAN “Apa yang akan aku dapat?”.

Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang sadanya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah asas dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”.
Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku.. Hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut/ego untuk mengucapkan 3 kata sakti : “Aku cinta kamu”. Jangan melambatkan kesempatan untuk mengucapkan kata-kata itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon? apa yang akan kamu katakan padanya sekarang?

Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berganda, kamu harus mempunyai komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat dengan komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmen lah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Cinta dan kegembiraan selalu sama dan seiring, harus kita lakukan adalah dengan memenuhi hari-hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang akan menjadi curiga, cemas, takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan emosional, menjadi tertekan. Cintailah dia sekadarnya dan semampu mu. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu berfikirlah sedalamnya sebelum kamu pergi lebih jauh dengannya.

*sumber dr web...

MEMUJUK HAT!

update - 19.04.10

Coretan hatiku.. ntah kenapa tiba2 aku rasa nak bermadah.. meluahkan segala isi perut, hati n jantungkan yang berserabut.. Ya Allah.. kurniakanlah hambaMU ini kekuatan yang abadi…

Mungkin Tuhan sengaja mahu aku berjumpa dengan orang yang salah sebelum aku menemui insan yang betul supaya apabila aku menemui insan yang betul, aku akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Ya.. mungkin ini yang aku alami sekarang ini.. Jika ini yang betul untukku, Terima Kasih atas kurniaan ini..

Selalunya kita tidak reti menghargai apa yang kita ada sehinggalah kita kehilangannya. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Berdoalah agar perhubungan terus kekal ke akhir hayat…
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba untuk mendapatkan yang terbaik di dalam hidup. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia, dimana mereka-mereka ini telah menyentuh hidup mereka. Huhuhu.. fahamilah sendiri ayat yang agak terbelit2 nie…

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum, kerana dengan sekuntum senyuman boleh mencerahkan hari yang suram. Carilah insan yang membuatkan hati anda tersenyum, akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindu seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.

Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita ini kerana apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis..

Take care all…
Wassalam…

Wednesday, August 26, 2009

hidup ini indah...


Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat, puas kita menangis mencari dimana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi...

Tuesday, August 25, 2009

mudah mudahan...

Get This from CyArena.com

Get This from CyArena.com


ku harapkan ketenangan dan keampunan dari MU Ya ALLAH... berkatilah segala amalanku sepanjang kehidupanku ini... jadikan lah aku muslimah yang sejati.. Amin..



Salam Ramadhan

Get This from CyArena.com


Friday, August 14, 2009

Im Back

salam smua...
hehehe dh lama tak hupdate.. mlasnya tahap gaban...
actually tadak apa pun yg nak di updatekan...
aku baru je register for new sem smalam...
Alhamdulillah.. aku dh masuk second year... skejap ja rasanya...
tak lmbt lg dh abis..InsyaAllah.... Mudah mudahan Allah SWT permudahkan sgala urusan ku ini...Amin...

cuti sem aritue pun aku x p mana.. just duk umah ja.. lepak2.. tue je keja aku.. lgpun masa cuti tue aku demam+selsema+sakit tekak+batuk smua ada.. aku takut gak.. kang skang musim H1N1 .. Nauzubillah.. mintak di jauhkan..

pastue in the end of cuti tue aku p knduri anim.. hahahaha dalam bdn tak berapa shat.. aku gagah la jgak sbb nak jumpa member2 yg lain... lama sgt dah aku x jmpa depa...
hurrmmm lepas la rndu bla jmpa.... mcm2 crita.. siap leh gosip2 lg.. hahaha keja yg dh lama aku tggalkn.. tak lmbt lg Erna n Ina bakal jd mama... CONGRATES BOTH of u.. jaga diri baik2... anugerah terindah dalam hidup korang... ermm adeq lak x lama lg dh nk mengakhiri zaman solonya... hahahaha padan muka ang adeq.. duk kenen org... ang jgak dulu.. hehehe apapun Congrates.... hanie doakan yg terbaik utk angpa smua...

msa nak balik... hahahahahaha keta aku xleh nak start.. batery dia wat hal lg.. adeiiii... dgn alarm duk weng weng weng... geramnya.. masa2 cm nie la dia nk wat pasal... hangin jgak aku.. tp adeq n ina teman aku.. lepas cousins anim tlg tgk2.. ok la... thanks smua.. pd adeq n ina.. thanks so much sbb tggu hanie smpai keta dh ok.. hehehe

ermmm maybe stakat nie je kot.. tadak apa yg interesting pun.. will be update gain n gain later..
so.. daaa..
aku nak p mandi n solat....


Sunday, June 21, 2009

aBaH



..Happy Father's Day..

Kepada smua abah/ayah/bapak/papa/daddy/ n so on... selamat menyambut hari bapa... jadilah bapa yang terbaik kepada anak2mu...

Aku rasa pilu sgt di saat semua org di luar sana memeluk dan mencium bapa2 mereka dan mengucapkan selamat hari bapa... abah.. anakmu ini amat merinduimu... Andai waktu boleh diputar...

Abah.. andai abah masih ada di dunia ini... akan ku peluk n cium abah.. tanda terima kasih atas didikan yang telah abah berikan di sepanjang kedewasaan ini... Terima kasih Abah kerana telah mendidik anak mu ini sehingga berjaya macam hari ini... anak mu ini akan terus memperjuangkan amanatmu.. akanku jaga nama baik keluarga kita..

Abah, terima kasih kerana menjadikan kakak setabah dan secekal hari ini... Al fatihah..
Semoga Roh arwah abah dicucuri RahmatNYA... Amin.. amanlah abah di sana...



sebak aku dgr lagu yang mawi nyanyikan ini... mengalir air mataku...walaupun ari nie bukan ari raya... its still touching me... Ya Allah... KAU cucurilah rahmatMU ke atas arwah abahku... Hj Abdullah B. Ibrahim... Tempatkan arwah abahku bersama org2 yang beriman.. Amin Ya rabbal Alamin..

Ayah..aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu
di dunia ini
di saat ku meniti
kejayaan ini
Ayah..aku menyanjungi
jasamu yang terlalu
agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu
Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
tak dapatku
membalas jasamu
di dunia ini
Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
apapun aku
tetap redha
apa yang mendatang
Di pagi raya
ku pohonkan
kemaafan keinsafan
ku doakan
agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...
Ayah..aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu
di dunia ini
di saat ku meniti
kejayaan ini
Ayah..aku menyanjungi
jasamu yang terlalu
agung buatku
di hari raya ini
ku merinduimu...


**SUSAH LAK NAK UPLOAD LAGU NEH...

Friday, June 12, 2009

Hasrat..

Kasihku ingin ku menyatakan hasrat ikhlas di hati ini
Mungkinkah luahan dapat di abadi
Bagaimana harus nak ku buktikan
Tak terdaya hendak ku lafazkan
Hanyalah satu keikhlasan diri

Kau permaisuri
Jangan kau bersedih lagi
Hanya satu ku pinta... secebis janjimu
Lelapkanlah mata
Kau selalu di hatiku
Terbayang dalam firasat
Termakbulnya hasrat

Ku bersyukur pada yang esa
Hilanglah kesepian lama
Betapa sukarnya untuk memahami dirimu
Walaupum hatiku membara
Tiada apa dapat di lakukan
Sekiranya perasaanmu berduka

Kau permaisuri
Jangan kau bersedih lagi
Hanya satu ku pinta...secebis janjimu
Lelapkanlah mata
Kau selalu di hatiku
Terbayang dalam firasat
Termakbulnya hasrat

Ingin ku belai hatimu
Dan ku pegang erat jemarimu
Apa yang nyatakan... hanyalah ku rindu

Thursday, June 11, 2009

hati ini..

semalam... aku sakit kpala sangat2.. sbbnya aku byk berpikir... then aku terlelap... aku mimpi aku menangis.. then aku terjaga sebab phone terjatuh dr genggamanku.. aku rasa bantalku basah.. rupanya aku tak mimpi.. memang aku menangis.. aku menangis dalam tido.. Hibanya hati ku saat itu...


Ya Allah.. kenapa dgn aku nie... Aku redha dgn ujianMU padaku... aku sedar.. aku hanyalah hambaMU... aku hanya pinjamanMU di dunia sementara ini...


Aku mohon.. izinkan aku capai cita2ku... aku ingin tengok org2 yang aku sayang bahagia dengan kejayaanku.. bangga dengan kecekalanku...

Thanks Allah.. atas ujianMU padaku insan yang kerdil.. mengajar aku untuk lebih menghargai kehidupan yang penuh ranjau ini..

To my lovely n da best mummy in da World...
Thanks so much... kerana terus mendorong puterimu ini untuk terus berjuang... Terima Kasih yang tak terhingga...Tanpa mu mummy aku rebah.. sujud ke bumi...susah untukku bangkit..

kepada teman2 seperjuangan..
Terima kasih atas support yang korang bagi.. Aku amat menghargainya.. especially Ubai,Yuni,Naja, Yaya, Fiqah,Shima n so on.. thanks a lots..

Kepada Insan Yang bertakhta di hati ini. Terima kasih atas dorongan yang tak pernah putus.. kata2mu walau kadangkala agak mencabar.. membakar semangatku untuk teruskan perjuangan ini...Thanks dear..

Thanks for All.. love u all

Wednesday, June 10, 2009

Uncompletely..

Hidup yang tanpa masalah....






bukan hidup namanya.... kan???




so.. aku akan kuat untuk hadapi masalah nie...

Allah sayangkan hambanya... sebab itu DIA uji hambanya... sebab DIA tau hambanya mampu untuk hadapi masalah tue...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers