CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku… hanya untukMU Ya Allah..

Saturday, August 28, 2010

Jangan lah bersedih~~

lumrah hidup insan... dambakan kasih sayang... Benar.. Fitrah insani inginkan bahagia Ingin dikasihi dan mengasihi Ingin disayangi dan menyayangi Ingin dicintai dan menyintai Hingga kadangnya terlupa.. Betapa menyintai dan ingin dicintai manusia Bukanlah kemuncak cinta Malah bukanlah hakikat bahagia! Yang sebenarnya.. Bahagia itu ma’nawi Jua bersifat rohaniah Lantaran kebahagiaan haqiqi seorang mu’min Adalah dengan mencintai Tuhannya. Kerana.. Cinta kepada Allah.. Adalah cinta yang tiada tandingan dan bandingannya Cinta yang paling memuaskan dan menenangkan Buahnya amat menghiburkan dan paling membahagiakan Ya’ni bahagia yang mendasar.. Yang dasarnya lebih dalam dari segala yang dalam. Justeru wahai insani.. Burulah bahagia, hayatilah zikrullah Jadikanlah ia cita-cita murni nurani Agar hatimu tenang dan tiada keluh-kesah Percayalah.. Andai kau temui bahagia Pasti ‘syurga’ sebelum Syurga menjadi milikmu Bahagia.. Moga menjadi milikku dunia Akhirat..
Amin...


sumber: website

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers