Waktu bersamamu
banyak benar kenangan yang
kita ciptakan bersama
Dan satu darinya ungkapan syahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu..
Cinta merempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia sialah ku bina istana cinta
Bertakhta…
Kesudahan aku parah..
Malam yang sepi dan renyai2 ini mendesak jari jemariku untuk menaip... aku pun x tau knapa secara tiba2.. sedangkan seharian ini aku ceria, riang gembira setelah menghabiskan paper aku untuk hari nie.. Hatiku teringat memori lama bersama dia(A**n) Aku bangun dari katil.. Duduk .. termenung seketika dihadapan notebook ku.. mengalir airmata ini tanpa di pinta.. Ya Allah.. ku ingin sekali terus mengusir segala duka lara dihatiku..Jangan kembali lagi.. aku terimbas kembali kisah suka duka aku bersama dia.. dia yg kini telah pergi dari hati dan hidupku.. dia yang telah memiliki dan dimiliki.. dulu aku pernah bahagia bersamanya.. dia mengajarku erti rindu.. erti kasih sayang.. erti dunia percintaan.. lama aku menyulam cinta bersamanya.. dari zaman aku menyarung uniform sekolah lagi.. sehinggalah kini aku menjejaki kaki utk kali kedua di IPT.. susah senang aku lalui bersamanya.. aku amat bahagia biar pun kadangkala aku menangis dalam ketawa, aku senyum dalam berduka dengan sikapnya yang mementingkan kerjayanya... yang kadangkala tidak menghargai kehadiranku di dalam hidupnya.. yang kadangkala hanya mencari aku dikala dia memerlukan.. aku sentiasa ada untuknya di kala dia memerlukan ku.. I lend u my shoulders to cry on.. tapi di saat aku memerlukannya… dimanakah dia??
aku terbuai seketika tiap kali mendengar lagu ini.. kenangan demi kenangan bermain di pentas fikiranku..
biarpun aku dan dia pernah putus seketika.. ikatan itu pernah disambung semula..putus lagi.. tetapi masih disambung semula.. kenapa ini berlaku?? knapa aku masih bertahan dengannya?? walaupun dia pernah membuatku sedih berduka!!Ini semua kerna aku sayangkan dia..Dia adalah Cinta Hatiku Yang Pertama.. jujur ku akui aku amat sukar melupakannya.. it take so long times.. biarpun aku pernah ada hubungan cinta dengan insan lain.. tapi aku tetap mencari dia..kepada dia jugak aku kembali.. tapi kini semua itu takkan mungkin terjadi lagi..kali ini aku dan dia putus.. putus mati tanpa akan bersambung lagi dengannya.. Aku redha.. Dengan hati yang rela.. aku lepaskan dia pergi..
Pergilah abang bersama hidup barumu.. aku di sini sentiasa mendoakan kebahagianmu, wahai insan yang pernah bertakhta di hati ini untuk 7 tahun lalu.. satu jangka waktu yang agak panjang. berbagai cerita dan episode kita lakarkan bersama.. gelak tawa riang kau dan aku suatu ketika dulu.. rajuk tangisku bersama denganmu..
Aku terpana.. Tersedarku pada alam nyata.. Ya Allah.. kenapa perlu aku igt lagi milik org?? berdosanya aku.. tapi hatiku mendesak jgak agar aku membuka diari lama itu.. hatiku terusik.. pedih.. sedih.. duka terasa.. aku akhirnya kecundang.. impianku bersamanya hancur di tengah jalan.. aku tak mengerti.. "kau menggantungkan hubungan ini.. kau biarkan aku tanpa sebab.." kenapa aku di biarkan tergantung tanpa tali?? akhirnya aku kesesakan nafas.. Aku rebah sendiri..aku ditinggalkan tanpa sebab dan alasan..
Ya Allah.. tabahkan hatiku ini.. aku akur andai jodohku bukan dengan dia yang pernah aku sayangi dan cintai setulus hati ini, biarlah aku mulakan hidup baruku..
Wahai kenangan.. pergilah dari hidupku..Jangan pernah untuk kembali lagi di layar fikiranku ini.. aku tahu.. kadangkala aku tidak kuat untuk semua ini.. Pergilah.. Izinkan aku bahagia bersama insan yang sudi untuk menyintai dan menyayangi aku setulus hatinya..
Terima kasih wahai insan yang sudi menghulurkan tangan dan menjalinkan perhubungan ini..Thanks kerana sudi menjadi temanku.. aku tidak pasti selama mana hubungan ini akan bertahan.. adakah aku akan di duga lagi?? Aku redha andai itu ketentuanNYA.. Tapi aku mohon pada MU Ya Allah.. berikanlah aku kesempatan untuk aku mengecapi bahagia dalam erti kata “kebahagian” yang sebenar benarnya nya..Aku tidak tahu selama mana lagi aku akan menghuni bumi ini.. Kusedar.. setiap yang hidup pasti akan mati.. Aku mohon padaMU Tuhan.. izinkanlah aku kecapi nikmat kehidupan berkeluarga sebelum denyutan nadiku terhenti…usirkanlah terus lara dari hatiku ini… PadaMU aku memohon.. Amin Ya Rabbul Alamin..
2 comments:
uishh..terbelit-belit mata dok baca..hikss
terbelit2 psaipa plak?? adeii.. susah sgt ka ayat2 tue utk di fahamkn??
Post a Comment