Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.
Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita
lihat…dan manakah pilihan kita???
1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal
bubar jika bangkrup.
3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal
lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.
4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan
cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari jika orang berubah tingkah lakunya.
6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia.
Yang dicintai pasti MATI / PERGI.
7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepadaALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.
0 comments:
Post a Comment