CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku… hanya untukMU Ya Allah..

Wednesday, April 21, 2010

-RESEPI CINTA & BAHAGIA-

~: RESEPI CINTA BAHAGIA: ~

Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa adanya jikalau kamu tidak menghormatinya. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”

Kekuatan untuk memberi

Jika kamu nak menerima cinta, kamu harus memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan bermacam-macam kebaikan. Rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan BUKAN “Apa yang akan aku dapat?”.

Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang sadanya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah asas dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”.
Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku.. Hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut/ego untuk mengucapkan 3 kata sakti : “Aku cinta kamu”. Jangan melambatkan kesempatan untuk mengucapkan kata-kata itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon? apa yang akan kamu katakan padanya sekarang?

Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berganda, kamu harus mempunyai komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat dengan komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmen lah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Cinta dan kegembiraan selalu sama dan seiring, harus kita lakukan adalah dengan memenuhi hari-hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang akan menjadi curiga, cemas, takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan emosional, menjadi tertekan. Cintailah dia sekadarnya dan semampu mu. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu berfikirlah sedalamnya sebelum kamu pergi lebih jauh dengannya.

*sumber dr web...

MEMUJUK HAT!

update - 19.04.10

Coretan hatiku.. ntah kenapa tiba2 aku rasa nak bermadah.. meluahkan segala isi perut, hati n jantungkan yang berserabut.. Ya Allah.. kurniakanlah hambaMU ini kekuatan yang abadi…

Mungkin Tuhan sengaja mahu aku berjumpa dengan orang yang salah sebelum aku menemui insan yang betul supaya apabila aku menemui insan yang betul, aku akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Ya.. mungkin ini yang aku alami sekarang ini.. Jika ini yang betul untukku, Terima Kasih atas kurniaan ini..

Selalunya kita tidak reti menghargai apa yang kita ada sehinggalah kita kehilangannya. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Berdoalah agar perhubungan terus kekal ke akhir hayat…
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba untuk mendapatkan yang terbaik di dalam hidup. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia, dimana mereka-mereka ini telah menyentuh hidup mereka. Huhuhu.. fahamilah sendiri ayat yang agak terbelit2 nie…

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum, kerana dengan sekuntum senyuman boleh mencerahkan hari yang suram. Carilah insan yang membuatkan hati anda tersenyum, akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindu seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.

Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita ini kerana apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis..

Take care all…
Wassalam…

UPDATE BESAR BESARAN!!

cerita - 18.04.11

Salam allz…

Mood nak update datang bergolek.. hehehe

Di hari weekend yang indah nie dgn redup2 cuaca, angin bertiup sepoi2 bahasa, alangkah indahnya kalo leh sambung tido.. argghhh mimpi la.. keja mlambak sapa nak buat?? Haa jawab sat.. kalut ja nak sambung2 tido… kalo la bleh kan… tapi apakan daya, bagun pg ja aku dh sbuk buat keja yang x siap lagi… due datenya brapa ari ja lagi pun… adoii nie la padahnya kalo tak mau start buat awal2.. tapi kan aku dah start buat dr awal okeh!! Bila nak siap keja aku ada la yang duk follow up kot blakang.. argghhh bikin sewel.. baru aku brangan nak relax sat smentara amik mood nak study utk final.. adoii laa geramnya aku… harap2 nie last keja yang aku buat.. takmo dah… otak aku sakit pikir asaimen yang tak penah siah slagi aku bertitle “stoodent”

Haaa citer lain lak…
Start jumaat kelmarin dulu ada PC Fair kt KLCC… huhuhu… aku amatlah geram n tergedik2 nak p.. tapi kalo aku jejak pc fair itew sah2 lah duit aku mlayang paling sket pun tiga ratus hengget… Aku pun heran la… nampak beli je bnda yang alah2 tue tapi bla bayarnya cecah tiga ratus hengget.. adoii laaa… sebab itew aku pakukan kaki aku erat2 kt sini supaya x jejak pc fair… huhuhu… member aku citer plak camera NIKON DSLR amatlah murah smalam dan tgh SALE!! SALE!! SALE!!(aku amatlah tertarik dgn empat abjad neh) Arrghhh lagi buat aku penasaran wehh… tapi aku kuatkan hati… aaaaaaa sabaq ja laa… aku kena kuatkan ati dulu okeh!!! Takleh ikutkan sgt kata ati yang mcm2 nak… ikutkan ati.. mati la… sabaq Hanie.. sabaq banyak2… hehehe…(tenangkan ati la konon) ok abis pasal benda alah neh…

Pasal AV aku plak…
Smalam aku duk update la av aku tuh… update punya laa lama sbb tenet mcm siput sedoot.. dah smpai 98% tenet plak disconnect… arrgghhhhhh panas aku beb!!! Bukan skali.. dh berkali2… aku pun taktaw apa msalahnya… at last aku ckp kt lappy aku neh, kalo skali lg aku xleh update av, lantak dia laaa, aku campak ja kat luar tinggap tue… kerana tenet aku marahkan lappy.. tak berhati perut langsung.. geram der.. lappy aku neh mcm memahami penasaran tuannya plak.. finally, bleh la jugak aku update av aku tue…
Tak pe laa… dh siap.. aku pun nak off la… tup tup appear la pop up yg aku nyampah tengok.. dia kata av aku out of date n series’s number blacklist… kepala otak dia laa.. mangkuk gulai btoi laa.. menatang apa yang kena blacklist plak… nie msti pasai aku duk update byk2 kali td neh… arrghhhhhhh bengongggg… mencik… malas aku nak pikir dah.. masa nie la nak cari pasai ngan aku… lantak kamu la.. tggu aku abis exam next month baru aku update balik..

Argghhh semuanya buat hati aku panas…. Tak tambah lagi ngan masalah sebelah menyebelah… hurrmmm.. ~~hidoopp hidoopp~~~

Lagi satu aku amatlah geram ngan mamat neh… dia buat layan tak layan ja aku neh… igt aku nie tunggul kayu kea pa?? ke baby doll dalam lemari kaca tuh?? Adoii laaaa…. HH, kalo baca entry neh, tolong laa concerned sket dengan diri saya ineh… camna la aku nak cakap nak bg dia paham… tak larat dah aku nak memendam perasaan… makin lama makin tangled… Tak mintak pun lebih2… aaaaaaaaaaaa nak jerit ja kat telinga dia…. Biar muntah smua isi dalam telinga dia tuh… hopefully.. hopefully… hopefully… fahamilah aku… uuuwaaaaaa…..

Orang kata… Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.
InsyaAllah… selagi aku mampu akan aku perjuangkan rasa ini… bagi aku biarlah ini yang terakhir.. Kerna aku pernah kecewa.. lumrah dalam berkasih.. Memang sakit bila kecewa.. Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Huhuhu tak pepasal aku duk jiwang karat lak.. dh lama aku tak meluahkan perasaan neh.. kepada yang membaca.. kalo rasa geli nak baca, jgn baca k.. sebabnya kat sini memang aku createkan untuk aku luahkan segala isi hati aku… kepada yang memberi komen membina terima kasih…

That’s all for now… will see u later..

Take care all..
Wassalam..

Saturday, April 17, 2010

lamanya...

salam allz...
huhuhu entry cam gempak...
sebabnya mmg lama... tak menghupdate blog neh.... hehehe quite bz ma...
sebenarnya byk crita yang nak diceritakan... tapi masa nie cam dengki ja.. asal aku duk typing story mories ada la yang tak kena... mencikkkk aku...
takpa la... wat msa nie aku update ja sket menyatakan bahawasanya aku still lg ada hati utk berblogging... kalo berfacebook aku dh malas tahap tassadey... huhuhu....

final exam pun just around the corner dah... salah lap mmg saket la... saket yang mungkin utk smentara? utk slamanya? huhuhu pikir la sndri....

adoii laa tenet lambat mcm siput.. gerammm... nie la slah satu sbb yg membantutkan aku tuk update blog.. arrghhh tensi..
ermmm kna stop la dulu.. aku post entry nie dulu sblum apa2 jd.. hahahaha...

take care eberibody.... have a nice day....
wassalam

Tuesday, February 23, 2010

IM in Love

sesungguhnya bahawasanya... aku telah jatuh cinta denganmu... huhuhuhu



INI..



ini.....




dan ini....


dan ini...

Tuesday, February 9, 2010

bila datang anginnya...

Salam allz....

nie la jadinya bila aku dlm unstable situation.. ggRrrRRRR.... sesungguhnya aku amat angaukan camera Nikon DSLR...

nie hasilnya bila aku jd begini...



D a N i NI.....


dann iini....




dan lagi...



Friday, February 5, 2010

cintailah aku sepenuh jiwa..

salam...

lpas mkn td aku duduk2 depan youtube.. then trasa nak cari lagu liza hanim neh... adeeiii dapat la plak... slama nie aku duk google kt 4shared x dpt pun... huhhh.. takpa la... layan ja... sweet sgt lagu neh... kt sni aku entrykan lyric je la.. hua hua hua...layanzz....

Cintailah Aku Sepenuh Jiwa


Melihat dedaun di taman
Yang gugur bersama airmata
Dipagar bunga kesedihan
Harumnya mengundang luka kisah silam

Sepatutnya kita masih kekal bercinta
Namun apa yang hilang ialah kemesraan
Mengapa ia berakhir
Saat-saat kita bahagia
Dan kini sedang kesuntukan waktu

Imbas semalam masih hangat terasa
Diriku ini kau cintai dan kasihi
Tariklah balik kata-kata yang luluh memisah kita
Cintailah aku sepenuh jiwa

Serlahkan hati yang gerhana
Suburkan semula asmara
Kesalahan dulu sememangnya milik kita berdua

Pulangkan kembali cintamu
Hiaskanlah dalam hatiku
Semoga cinta kita bertemu
Beralas kasih tulus suci abadi

Mengira dedaun di taman
Yang gugur di pipi berlinangan
Terkejut aku dari lena
Dibasahi airmata kesedihan
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers