Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku… hanya untukMU Ya Allah..
Wednesday, September 7, 2011
Tayang Statement utang
selamat pagi....
hurmmm... pepagi yang suram neh buat mood aku jd nak tidoq ja.. adeiiii... mendung semangkuk ja... hurmm...
motipnya aku buat entry kat atas tue? hahahaha... nak tayang statement utang aku ngan unisel yang dah zero.. huhuhu kalo tak duk outstanding ja.. apa yg out setending pun aku taktau... buat aku heran ja... hurmmm dah lama aku nak post entry neh... since sebelum raya lagi... tapi dok tangguh2 ja... huhuhu... meh nak tayang...
tadaaaa... nie la setetment aku...
hurmm.. puas ati... aku dah tadak utang ngan unisel neh.. leh aku konvo dengan amannya nnt...
hahaha.. oklah.. tue saja entry mengada2 aku di pagi hari neh....
take care kawan2....
wassalam....
Monday, September 5, 2011
Kesan Minum Ais..
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. (termasuk la diri aku sendiri... memang hantu ais.. kena ubah habit neh.. sayangi nyawa sendiri..)
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran darah di dalam tubuh kita dan menyebabkan lemak berkumpul di bawah kulit dan di dalam organ. Kita akan semakin gemuk dan menjadikan keadaan kesihatan terdedah kepada risiko pelbagai penyakit.
Oleh itu, Jalan yang terbaik ialah minum sup panas atau air panas atau suam selepas makan.
:: NOTA PENTING SERANGAN JANTUNG ::
Bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit-sakit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.
ShaRinG is CaRinG.. Luv U all.. Take care...
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT..
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bung kam Tak Bersuara
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
- Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bung kam Seribu Bahasa."
- Kini Kau Tinggal Seorang Diri
- Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
- Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
- Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
- Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
- Hari Ini,...
- Akan Kutunjukan Kepadamu
- Kasih Sayang-Ku
- Yang Akan Takjub Seisi Alam
- Aku Akan Menyayangimu
- Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
- Kembalilah Kepada Tuhanmu
- Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
- Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
- Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
ShaRinG is CaRinG.. Luv U all.. Take care...
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA ...
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI...
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena
sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air
laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak
selalu rugi..
** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain
di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang
paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari
sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader
egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia
dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah
**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain...
ShaRinG is CaRinG.. Luv U all.. Take care...
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ...
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS / suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat knowledge ini
menyebarkan kepada orang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!...
ShaRinG is CaRinG.. Luv U all.. Take care...
godek2 email lama...
Selamat hari raya semua...
masih dalam mood raya lg kan.... hurmmm aku pun masih dalam mood raya... mmg malas nak kerja... adeii la... relakan je la... jangan kerana terpaksa.. ceewahhhh... huhuhu tadi aku dok godek2 email yang bertahun2 lepas... then banyak la email2 yang berguna.. aku nak kongsikan kat sini ngan kengkawan tersayang semua.... nnt aku buat setiap satu tue satu entry k...
hurmmm ari nie keja aku nak share knowledge yang aku ada ngan kengkawan semua... ok... jom kita sharing... sharing is caring... :)