CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku… hanya untukMU Ya Allah..

Monday, April 27, 2009

Luahan hati aku : abg..i miss u all

wawa..
achik rindu sgt kat adik.. apa khabar la adik skang ek?? kbelakangan nie achik slalu mimpikan adik.. achik harap sgt dapat jmpa adik, abah, ibu, kak najma n batrisyia... tiap kali achik balik kg, achik akan renung basikal adik.. acik pegang n bwak basikal adik pusing2.. kononnya achik tmankan adik main beskal.. esok lusa achik akan start cuti.. pasti achik akn renung lg beskal adik.. tiap kali achik mkn telur goreng, achik igtkn adik.. kalo adik mkn nasi mesti ada telur goreng..
muachh.. miss u to much dear..

Abg.. knapa abg keras hati sgt?? knapa taknak balik jumpa mak?? abg tau x?? walaupun mak ckp mcm2, mak tak penah bencikan abg tau.. mak slalu tanya kakak, ada jumpa abg tak kt kl? abg duk mana skang? dikwa tak mau balik kmpung ka? tak mau bwak balik batrisyia ka? mcm2 abg.. kakak pn taktau mna nak cari abg.. kakak slalu call abg tp tak penah dapat.. every weekend, kakak nak ja pi umah abg.. bwak najwa jalan2... tapi kakak taktau abg stay kat mana... kakak xkan putus asa.. slagi kakak duduk kt sini.. kakak akn cari abg.. mna tau, suatu hari, Allah makbulkan doa kakak untuk jmpa abg n family... dh lama kita x jumpa.. lama kakak x tgk abg.. abg x rndukan mak ke?? balik la abg... jenguk lah mak.. walau apa terjadi, abg tau kan.. mak tetap mak kita.. Abg, darah yang mengalir dalam tubuh abg tue.. darah siapa abg?? kakak rndukan abg yg dulu.. yang slalu balik jenguk mak.. kakak nak kan abg kakak yang dulu... seriously, deep in my heart i miss u all...

kakak harap sgt abg dgr rintihan kakak nie..



Thursday, April 23, 2009

-PERKARA ROMANTIK -

PERNAH KAH anda melakukan perkara ini untuk pasangan anda? Ataupun pasangan anda melakukan untuk anda?? mari kita selami pasangan kita...apa yang pernah dia lakukan untuk kita dan kita lakukan untuk dia...
  • menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama
  • berduaan berjalan di dalam hujan
  • berjalan berpegangan tangan
  • bunga ros dijadikan sebagai simbol cinta kamu dan si dia
  • kenalpasti wangian atau perfume kegemaran si dia dan memakainya setiap kali bersama
  • berjalan menyusuri pantai di tengah malam
  • menulis puisi cinta buat si dia
  • pelukan penawar kesedihan yang paling mujarab(nak buat yg nie, nikah dulu k )
  • saling bertukar hadiah, bunga, coklat setiap kali bertemu
  • katakan padanya si dia adalah kekasih yang kamu impi-impikan
  • sentiasa meluangkan waktu bersama
  • dengan penuh mesra angkat dagunya, pandang matanya dan katakan kamu menyintainya
  • letakkan sekeping nota di poketnya tanpa dia sedari
  • belikan dia cincin istimewa tanda cinta kamu dan dia
  • menyanyikan lagu cinta untuk sidia
  • makan malam bersama dalam suasana yang penuh romantik
  • pegang tangannya, pandang tepat pada matanya, cium tangannya dan letakkan dihati kamu
  • menari bersama-sama
  • pinjamkan bahumu setiap kali si dia dalam kesedihan
  • satu hari cuba kamu hubungi lima minit sekali dan katakan kamu terlalu merinduinya
  • berkongsi impian bersama si dia
  • keluar dengan teman-temannya
  • menonton filem romatik kegemaran bersama
  • sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak pernah mengulang kesilapan yang sama untuk kedua kalinya
  • sentiasa memberitahunya perasaan kamu ketika si dia disisimu
  • sanggup berkorban apa jua demi melihat si dia sentiasa tersenyum
  • belajar meluahkan perkataan-perkataan yang indah dalam bahasa lain dan tunjukkan perkataan tersebut untuk si dia
  • sentiasa melindungi si dia andai ada yang cuba bersikap kasar
  • tidak pernah lupa untuk memberi kucupan selamat malam dan ucapan sweet dream.
**sumber : tc.com

::Tanda Lelaki Benar-Benar JATUH CINTA::

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan akan buat apa saja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah..

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

::Atasi Stress dengan CINTA::

Tahu tak, kita boleh menangani stress dengan cinta? Memang boleh, jika Anda tahu caranya. Tapi bagaimana nak menangani stress dengan cinta?

1. Cinta telah diketahui sebagai emosi yang paling kuat kesannya pada diri manusia. Jika Anda sedang stress, pergilah berjumpa orang yang Anda cintai, iaitu kekasih Anda.

Luahkan stress padanya, minta dia dengar saja luahan Anda. Lama-kelamaan, bila meluah Anda akan merasa lebih tenang. Meluah secara berdepan lebih berkesan berbanding meluah melalui telefon atau kiriman sms.

Jika Anda stress sebab orang hentam Anda atau ada orang permainkan Anda, meluah membuatkan Anda rasa lega. orang kita paling percaya adalah orang yang kita cinta, bahkan kita percayakan dia lebih dari kita percayakan ibu dan bapa sendiri.

2. Lupakan stress buat sementara, dalam 10 minit. Sepanjang 10 minit itu, biarkan rasa bahagia menguasai Anda sepenuhnya. Bayangkan wajah kekasih Anda.

Bayangkan seolah-olah dia ada di depan mata Anda, senyum pada Anda dan Anda melihat dia melambai-lambai ke arah Anda sambil tertawa riang. Siapa yang tak bahagia bila camtu, ya tak? Bayangkan sekerap yang mungkin. Ia akan membuat Anda 'feel good' lalu merubah emosi Anda dari tertekan menjadi riang.

3. Ingat semula kenangan-kenangan ketika Anda dan dia duduk bersama, berbual-bual bersama atau tertawa bersama. Ingat saat itu selama yang mungkin, tutup mata untuk menikmati keseronokannya seolah-olah ia baru saja berlaku 7 jam yang lalu! Anda akan merasa tenang dan bahagia.

4. Ketika bekerja atau ketika sedang melakukan sesuatu, bayangkan dia ada di sebelah Anda. Ya, bayangkan seolah-olah Anda mendengar suaranya, mencium haruman rambutnya, melihat anak matanya dan menikmati kemanisan senyuman di bibirnya.

Bayangkan dia membantu Anda, memberitahu Anda untuk menolong menyempurnakan apa yang sedang Anda lakukan. Bayangkan seolah-olah dia ada, duduk rapat bersebelahan dengan Anda, memberi sokongan moral khas buat Anda. Paling senang, bayangkan seolah-olah dia dekat dengan Anda, Anda dapat merasai kehadirannya di situ.

4. Jika anda tertekan sebab esok nak exam, luangkan seminit dua gembirakan diri sendiri dengan cinta. Come on, Anda ada hak untuk membahagiakan diri sendiri, kerana diri Anda adalah milik Anda dan dia adalah Anda!

Usah takut dengan komen-komen negatif di sekeliling dari kawan-kawan, adik beradik atau sesiapa saja. Niatkanlah agar cinta itu membuat Anda jadi gembira lalu menjadikan Anda kebal berdepan dengan stress ketika menghadapi peperiksaan.

Itulah dia 4 panduan bagaiman untuk Anda menangani stress dengan cinta. Asasnya begini. Jika kita melawan stress, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin stress sebab fikiran kita asyik menumpu pada usaha melawan stress!

Tetapi, jika kita menumpu fikiran pada usaha membina cinta bahagia, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin rasa bahagia dalam bercinta. Seterusnya, kita mungkin akan menikmati rasa bahagia sepanjang masa jika kita memfokus rasa cinta sebanyak yang mungkin, selama yang mungkin di fikiran.

Stress membuat Anda sengsara. Cinta membuat Anda bahagia. Kesan dari merasa bahagia, Anda muncul cemeralang dalam apa jua yang Anda usahakan, sama ada dalam pelajaran, pekerjaan.

**sumber : tc.com

GADIS PILIHAN LELAKI...

TERLALU MANJA
mungkin pada awal perhubungan, lelaki suka kepada perempuan yang manja tetapi lama-kelamaan mereka akan mudah bosan dengan sikap kamu yang terlalu manja.lelaki ini adalah kaum adam yang mudah menjadi bosan. awas, sikap kamu yang terlalu manja ini boleh dijadikan alasan buat si dia untuk berpaling kepada yang lain. jangan menyesal di kemudian hari

BUAT-BUAT MANJA
Sifat manja sebegini juga tidak berapa digemari lelaki. Bukan apa, jika kamu bersikap demikian kamu tidak akan kelihatan natural tetapi kelihatan mengada-ngada dan hanya membuatkan si dia berasa sakit hati saja.kamu perlu tahu kalo lelaki merajuk lagi susah nak pujuk

MANJA SEPERTI KEANAK-ANAKAN
Pasti teman lelaki kamu akan cbut lari sekiranya kamu mempunyai sifat begini.sikap kamu yang suka merengek seperti kanak-kanak kecil pasti akan memalukan dirinya terutama apabila berada di khalayak ramai. Jangan marah kalau dia meninggalkan anda begitu saja

MANJA BERTEMPAT
Sifat inilah yang paling digemari oleh lelaki.mereka suka perempuan yang boleh bermanja dengannya, tetapi pada masa yang sama tau situasi atau waktu yang sesuai untuk bermanja. bagi orang lelaki, mereka suka perempuan yang boleh berdikari. Gadis yang memiliki sifat begini akan lebih diburu lelaki. Lelalki memang terkenal dengan sifat ego. mereka hanya akan memanjai kamu tetapi mereka juga tidak suka dengan sikap kamu yang membuatnya seperti hamba atau malukan dia di khalayak ramai

JANGAN SELALU MINTA DIMANJAKAN
Perempuan memang mengharapkan diri mereka dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh. apabila menghadapi masalah, gadis mengharapkan pujukan daripada lelaki. sayangnya tidak semua lelaki memahami perkara ini dan kamu sebagai perempuan harus fahamsituasi ini. jika si dia berusaha memujuk jangan pula kamu masih tidak mempedulikan pujukannya. kebanyakan laki akn angkat bahu,, angkat tangan dan menggeleng tidak tau. jika kamu berdegil. sesekali tidak mengapa tetapi jang diamalkan selalu. kamu hanya membuatkan teman lelaki pening pale melayan karenah kamu


ASYIK MINTA DIMANJA

lelaki agak berbeza berbanding perempuan. biarpun dia mencintai kekasihnya, ini bukan alasan untuk lelaki memmanjakan kekasihnya setiap saat, setiap minit dan setiap hari. mungkin ada perempuan yang mengharapkan kekasihnya melakukan semua ini bagi membuktikan rasa cinta. jika ingin menjadi kekasih yang baik, perempuan ataupun lelaki perlu memberikan ruang kepada pasangan masing-masing untuk melakukan kegiatan hariannya atau kegemarannya bersama kelompok sejantina. bayangkan tentu lelaki akan rimas dan malas melayan jika perempuan asyik mahu berkepit apatah lagi mahu dimanja selalu..
**sumber:tc.com

Di manakah kategori anda??? renung renungkan...

Apa Yang Lelaki Perlu Tahu??

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1.Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2.Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3.Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4.Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5.Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6.Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7.Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8.Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9.Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10.Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya..


“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
**sumber : tc.com

Monday, April 20, 2009

Today.. 20.04.09..

Salam…

yuhuuuuuuuuuuuu…. Hehehehehe yang penting aku dh lepaskan prasan yang berbuku kat kpala otak aku ari neh.. aku dh agak lega sebabnya pg td aku dh lepas exam Java.. uhuhuhuhu best sgt… walaupun aku dh jwb all out, aku tak tau apa aku jwb… the most important thing, aku dh lepas azab untuk paper neh… Amin…
Td kol 2.30 pm lak exam pengajian islam…
Amazing..
aku jwb dgn lajunya.. soalan yang tak dijangka.. agak senang… uhuhuhuhu Alhamdulillah… dh lepas 2 paper… 3 paper lg… hehehehe aku just nk shout yg aku best sgt ari nieeeeeeeee… aku happyyyyyy…. Malam neh aku leh tido ngan lenanya…. (awat? Slama neh tidoq x lena ka?) uhuhuhuhu
Chau…
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers