CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku… hanya untukMU Ya Allah..

Thursday, July 21, 2011

KENAPA PC/LAPTOP crash?

10 Sebab Kenapa PC Selalu Crash


Bagi pengguna Windows tentu sudah biasa menerima mesej sebegini "Fatal error: the system has become unstable or is busy," it says. "Enter to return to Windows or press Control-Alt-Delete to restart your computer. If you do this you will lose any unsaved information in all open applications." Secara tidak langsung satu skrin berwarna biru akan dipaparkan atau dipanggil "Blue Screen of Death". Apakah perkara-perkara yang menyebabkan error sebegini berlaku? Berikut saya kongsikan 10 perkara yang boleh menjadi penyebab, antaranya;


1. Konflik Perkakasan (Hardware Conflict)

Setiap perkakasan di dalam komputer berkomunikasi di antara satu sama lain dengan menggunakan teknologi Interrupt Request Channel (IRQ). Setiap perkakasan mesti mempunyai IRQ yang berlainan atau unik. Sebagai contoh pencetak menggunakan IRQ 7, papan kekunci menggunakan IRQ 1 dan cakera liut (floppy disk) menggunakan IRQ 6. Setiap perkakasan akan sedaya upaya memegang IRQ yang mereka perolehi. Dan sekiranya terdapat banyak perkakasan yang dipasangkan atau pemasangan tidak mengikut panduan yang diberikan, ada kemungkinan dua daripada setiap perkakasan di dalam komputer tersebut akan berkongsi IRQ yang sama.

Apabila pengguna komputer berkenaan cuba untuk menggunakan kedua-dua perkakasan terbabit, disinilah akan berlaku 'hardware conflict' dan seterusnya akan menyebabkan PC menjadi crash. Cara untuk memastikan tiada 'hardware conflict' berlaku ialah klik pada Start->Setting->Control Panel->System Device Manager. Sekiranya terdapat tanda "!" yang berwarna kuning pada perkakasan berkenaan, ini bermakna perkakasan tersebut mengalami masalah. Hightlight item Computer dan tekan butang kanan tetikus dan pilih menu Properties untuk melihat IRQ yang digunakan oleh komputer anda.

Sekiranya terdapat dua atau lebih IRQ yang digunakan, ini bermakna terdapat dua perkakasan yang berkongsi IRQ yang sama. Kekadang itu juga, ada perkakasan cuba untuk berkongsi IRQ mereka seperti mana yang digambarkan seperti berikut "IRQ holder for PCI steering". Abaikan saja mesej sebegini dan cuba fix kembali perkakasan yang bermasalah itu dan cuba re-install semula setiap driver yang diperlukan. Cuba dapatkan driver yang terkini untuk perkakasan berkenaan. Tapak web www.driverguide.com banyak menyediakan driver yang diperlukan untuk setiap perkakasan komputer.


2. Kerosakan Pada Memory

Sekiranya RAM (random access memory) mengalami masalah, komputer akan memaparkan mesej, "Fatal Exception Error". Error sebegini cukup kritikal dan memerlukan tindakan yang segera seperti menukarkan RAM yang baru.

Adakalanya juga, kesilapan memasang RAM yang mana kedua-duanya mempunyai chip yang berlainan. Sebagai contoh penggunaan RAM 70-nanospeed dengan 60-nanospeed akan menyebabkan komputer bekerja dengan cukup perlahan. Kesilapan sebegini boleh menyebabkan komputer menjadi crash dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat sedikit perubahan pada tetapan BIOS, tambahkan masa menunggu untuk RAM selesai membuat analisa dan ini boleh menjadikan komputer anda lebih stabil dan dapat berfungsi dengan baik.


3. Tetapan BIOS

Setiap papan induk atau motherboard didatangkan dari kilang dengan tetapan chip yang berlainan di antara satu sama lain. Untuk masuk kedalan tetapan BIOS ini, semasa proses boot-up akan dipaparkan selama lebih kurang dalam 3 saat kekunci untuk di tekan, adakalanya kekunci F2 atau kekunci Del. Tidak kiralah apa saja kekunci sekalipun, apa yang perlu anda buat ialah tekan kekunci tersebut secara cepat.

Setelah anda berada di dalam tetapan BIOS, anda digalakkan untuk menulis tetapan-tetapan yang sedia ada kedalam sehelai kertas. Ini bertujuan sebagai backup andainya semasa proses perubahan BIOS, komputer anda tidak stabil dan anda boleh rujuk kembali apa yang anda tulis di dalam kertas berkenaan..

Error yang sering dikaitkan dengan BIOS ialah CAS latency. Ini merujuk pada RAM. RAM yang lama seperti EDO (extended data out) kebiasaanya mempunyai CAS 3. SDRAM yang baru mempunyai CAS 2. Sekiranya anda tersilap membuat perubahan pada tetapan BIOS, ini akan menyebabkan RAM di 'lock up' dan seterusnya komputer anda akan terhenti berfungsi. Agihan no IRQ adalah lebih baik dengan membiarkan saja Windows yang menentukannya dan bukannya dengan membuat sendiri tetapan di dalama BIOS. Pastikan tetapan di dalam BIOS untuk item 'Plug and Play OS' di setkan 'yes' yang bermaksud sistem komputer akan menerima IRQ yang diagihkan oleh Windows.


4. Cakera Keras (Hard Disk Drives)

Adalah menjadi satu kemestian hard disk perlu di defrag setiap 2 minggu. Ini kerana dalam masa 2 minggu, pelbagai aktiviti hard disk yang berlaku yang mana hard disk senantiasa bekerja ntuk memenuhi keperluan pengguna. Tujuan hard disk di defrag ialah untuk memastikan setiap fail atau data yang berada di dalam hard disk dapat di capai atau digunakan dengan mudah dan senang untuk di cari.

Sesetengah keadaan, hard disk boleh menjadi 'lockup' atau 'freeze' dengan secara tiba-tiba. Untuk memastikan aktiviti 'read-head optimization' dapat dikurangkan, apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada 'Start->Settings->Control Panel->System Icon->Performance->File System->Hard Disk.'Proses di dalam hard disk boleh menjadi perlahan atau crash sekiranya terlalu banyak data yang di simpan, oleh itu anda di nasihatkan untuk membuat 'housekeeping' pada hard disk untuk selang beberapa bulan dan cuba pastikan masih ada lagi ruang di dalam hard disk berkenaan untuk kegunaan data-data yang akan datang.

Cuba buang atau delete (bukan delete folder) kesemua fail yang berada di dalam folder 'Temporary Internet Files'. Kebiasaannya, folder ini terletak di dalam drive 'C:\Windows'..ini dapat membantu mengurangkan penggunaan ruang di dalam hard disk.

Jangan lupa pastikan 'Recycle Bin' di dalam komputer anda senantiasa kosong atau empty, lakukan setiap minggu. Pastikan juga hard disk senantiasa di 'scan' untuk menjaga dan mengelakkan dari berlakunya ralat atau 'bad sector', lakukannya untuk setiap minggu.

Untuk memudahkan anda melakukan segala aktiviti penjagaan hard disk, setkan penggunaan 'Task Scheduler'. Setkan tarikh dan masa yang sesuai untuk kesemua perkara-perkara ini dilakukan secara automatik.


5. Fatal OE exceptions dan ralat VXD

Ralat ini pada kebiasaannya berlaku disebabkan oleh penggunaan kad video (video card) di dalam sesetengah komputer. Cara untk mengatasi masalah ini ialah dengan mengurangkan resolusi paparan video kad komputer anda. Selain itu pastikan juga driver untuk kad video tersebut mestilah senantiasa 'up-to-date', jika tidak error sebegini akan dikeluarkan setiap masa oleh OS Windows.


6. Virus

Boleh di katakan setiap komputer yang menggunakan OS Windows mudah untuk dijangkiti virus komputer. Tanda-tanda awal kedatangan virus ini ialah komputer menjadi kurang stabil atau prestasinya tidak seperti biasa. Ada sesetengah virus terus merosakkan 'boot sector' yang mana boleh menyebabkan Windows tidak dapat berfungsi dengan baik di awal permulaanya.

Penggunaan anti virus amat digalakkan untuk mengelakkan dari di jangkiti virus komputer. Pastikan pemilihan anti virus adalah yang terbaik, mudah untuk dikendalikan, cepat atau pantas mengesan kehadiran virus dan seterusnya dapat menyekat dari di jangkiti dengan cara membuangnya terus dari komputer anda atau virus tersebut di kenakan tindakan kuarantin.

Pengemaskinian data anti virus amat di perlukan setiap selang satu minggu. Ini penting untuk memudahkan enjin carian pangkalan data virus dalam program anti virus tersebut dapat mengesan kehadiran virus-virus yang baru.


7. Pencetak

Setiap kali arahan cetak di hantar ke pencetak, setiap kali itu jugalah akan terciptanya beberapa fail yang banyak yang di panggil 'Postscript File'. Pencetak mempunyai sejumlah amaun ingatan (memori) yang kecil saja yang di panggil 'buffer'. Semakin banyak arahan cetak di hantar ke pencetak, maka semakin terdedahlah pada proses 'memory overloaded'..

Arahan cetak juga menggunakan sejumlah amaun kuasa elektrik CPU. Secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi komputer menjadi lebih perlahan. Apa yang membimbangkan ialah sekiranya pencetak cuba untuk mencetak beberapa aksara yang tidak dikenalpasti, komputer anda mudah terdedah pada masalah crash. Pencetak tidak mampu untuk 'recover' balik dokumen yang ingin di cetak disebabkan oleh komputer crash kerana berlaku pertindihan dan kekeliruan dalam 'buffer' pencetak. Cara mudah untuk membuang segala data dalam 'buffer' ini ialah dengan mematikan suis pencetak untuk beberapa saat dan kemudian hidupkan kembali pencetak berkenaan.


8. Perisian (software)

Memasang perisian yang salah atau perisian tersebut telah di jangkiti virus boleh menyebabkan komputer anda rosak atau crash. Satu cara untuk memulihkan kembali komputer anda seperti biasa ialah dengan membuang (uninstall) perisian yang anda pasang tersebut. Sebaiknya gunakanlah perisian seperti Norton Uninstall untuk membuang keseluruhan perisian berkenaan sehingga ke sistem registri di dalam Windows. Ini dapat membantu sistem operasi Windows kembali pada keadaan yang asal.


9. Kepanasan (Overheating)

'Central Processing Units' atau CPUs di dalam komputer sangat sensitif pada haba yang panas. Oleh sebab itulah terdapatnya beberapa kipas (fan) yang kecil yang diletakkan berdekatan dengan CPU untuk memastikan CPU ini senantiasa mendapat haba yang sejuk dari sekeliling. Sekiranya kipas berkenaan gagal untuk berfungsi dengan baik, maka CPU tersebut akan menjadi panas yang keterlaluan dan seterusnya akan menghasilkan beberapa ralat dalam 'kernel' komputer.


10. Bekalan Kuasa (Power Supply)

Sekiranya kawasan kediaman atau di pejabat anda mudah terjadi gangguan bekalan eletrik, ini akan menyebabkan bekalan kuasa ke komputer anda turut terjejas. Jika ini berlaku, komputer tersebut akan terhenti beroperasi secara tiba-tiba, dan ini boleh menyebabkan komputer anda mudah crash atau kehilangan data. Untuk mengelakkan dari berulang lagi gangguan bekalan elektrik, anda di sarankan untuk menggunakan peralatan 'uninterrupted power supply' atau UPS. Sekiranya gangguan bekalan eletrik berlaku, komputer anda masih boleh lagi beroperasi seperti biasa dan anda masih boleh menyelesaikan kerja-kerja yang memerlukan penggunaan komputer dan seterusnya anda dapat mematikan (shutdown) komputer dengan atran yang betul.

**sumber dr blog....rahsiawindows.blogspot...

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers