CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku… hanya untukMU Ya Allah..

Monday, April 27, 2009

Luahan hati aku : abg..i miss u all

wawa..
achik rindu sgt kat adik.. apa khabar la adik skang ek?? kbelakangan nie achik slalu mimpikan adik.. achik harap sgt dapat jmpa adik, abah, ibu, kak najma n batrisyia... tiap kali achik balik kg, achik akan renung basikal adik.. acik pegang n bwak basikal adik pusing2.. kononnya achik tmankan adik main beskal.. esok lusa achik akan start cuti.. pasti achik akn renung lg beskal adik.. tiap kali achik mkn telur goreng, achik igtkn adik.. kalo adik mkn nasi mesti ada telur goreng..
muachh.. miss u to much dear..

Abg.. knapa abg keras hati sgt?? knapa taknak balik jumpa mak?? abg tau x?? walaupun mak ckp mcm2, mak tak penah bencikan abg tau.. mak slalu tanya kakak, ada jumpa abg tak kt kl? abg duk mana skang? dikwa tak mau balik kmpung ka? tak mau bwak balik batrisyia ka? mcm2 abg.. kakak pn taktau mna nak cari abg.. kakak slalu call abg tp tak penah dapat.. every weekend, kakak nak ja pi umah abg.. bwak najwa jalan2... tapi kakak taktau abg stay kat mana... kakak xkan putus asa.. slagi kakak duduk kt sini.. kakak akn cari abg.. mna tau, suatu hari, Allah makbulkan doa kakak untuk jmpa abg n family... dh lama kita x jumpa.. lama kakak x tgk abg.. abg x rndukan mak ke?? balik la abg... jenguk lah mak.. walau apa terjadi, abg tau kan.. mak tetap mak kita.. Abg, darah yang mengalir dalam tubuh abg tue.. darah siapa abg?? kakak rndukan abg yg dulu.. yang slalu balik jenguk mak.. kakak nak kan abg kakak yang dulu... seriously, deep in my heart i miss u all...

kakak harap sgt abg dgr rintihan kakak nie..



Thursday, April 23, 2009

-PERKARA ROMANTIK -

PERNAH KAH anda melakukan perkara ini untuk pasangan anda? Ataupun pasangan anda melakukan untuk anda?? mari kita selami pasangan kita...apa yang pernah dia lakukan untuk kita dan kita lakukan untuk dia...
  • menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama
  • berduaan berjalan di dalam hujan
  • berjalan berpegangan tangan
  • bunga ros dijadikan sebagai simbol cinta kamu dan si dia
  • kenalpasti wangian atau perfume kegemaran si dia dan memakainya setiap kali bersama
  • berjalan menyusuri pantai di tengah malam
  • menulis puisi cinta buat si dia
  • pelukan penawar kesedihan yang paling mujarab(nak buat yg nie, nikah dulu k )
  • saling bertukar hadiah, bunga, coklat setiap kali bertemu
  • katakan padanya si dia adalah kekasih yang kamu impi-impikan
  • sentiasa meluangkan waktu bersama
  • dengan penuh mesra angkat dagunya, pandang matanya dan katakan kamu menyintainya
  • letakkan sekeping nota di poketnya tanpa dia sedari
  • belikan dia cincin istimewa tanda cinta kamu dan dia
  • menyanyikan lagu cinta untuk sidia
  • makan malam bersama dalam suasana yang penuh romantik
  • pegang tangannya, pandang tepat pada matanya, cium tangannya dan letakkan dihati kamu
  • menari bersama-sama
  • pinjamkan bahumu setiap kali si dia dalam kesedihan
  • satu hari cuba kamu hubungi lima minit sekali dan katakan kamu terlalu merinduinya
  • berkongsi impian bersama si dia
  • keluar dengan teman-temannya
  • menonton filem romatik kegemaran bersama
  • sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak pernah mengulang kesilapan yang sama untuk kedua kalinya
  • sentiasa memberitahunya perasaan kamu ketika si dia disisimu
  • sanggup berkorban apa jua demi melihat si dia sentiasa tersenyum
  • belajar meluahkan perkataan-perkataan yang indah dalam bahasa lain dan tunjukkan perkataan tersebut untuk si dia
  • sentiasa melindungi si dia andai ada yang cuba bersikap kasar
  • tidak pernah lupa untuk memberi kucupan selamat malam dan ucapan sweet dream.
**sumber : tc.com

::Tanda Lelaki Benar-Benar JATUH CINTA::

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan akan buat apa saja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah..

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

::Atasi Stress dengan CINTA::

Tahu tak, kita boleh menangani stress dengan cinta? Memang boleh, jika Anda tahu caranya. Tapi bagaimana nak menangani stress dengan cinta?

1. Cinta telah diketahui sebagai emosi yang paling kuat kesannya pada diri manusia. Jika Anda sedang stress, pergilah berjumpa orang yang Anda cintai, iaitu kekasih Anda.

Luahkan stress padanya, minta dia dengar saja luahan Anda. Lama-kelamaan, bila meluah Anda akan merasa lebih tenang. Meluah secara berdepan lebih berkesan berbanding meluah melalui telefon atau kiriman sms.

Jika Anda stress sebab orang hentam Anda atau ada orang permainkan Anda, meluah membuatkan Anda rasa lega. orang kita paling percaya adalah orang yang kita cinta, bahkan kita percayakan dia lebih dari kita percayakan ibu dan bapa sendiri.

2. Lupakan stress buat sementara, dalam 10 minit. Sepanjang 10 minit itu, biarkan rasa bahagia menguasai Anda sepenuhnya. Bayangkan wajah kekasih Anda.

Bayangkan seolah-olah dia ada di depan mata Anda, senyum pada Anda dan Anda melihat dia melambai-lambai ke arah Anda sambil tertawa riang. Siapa yang tak bahagia bila camtu, ya tak? Bayangkan sekerap yang mungkin. Ia akan membuat Anda 'feel good' lalu merubah emosi Anda dari tertekan menjadi riang.

3. Ingat semula kenangan-kenangan ketika Anda dan dia duduk bersama, berbual-bual bersama atau tertawa bersama. Ingat saat itu selama yang mungkin, tutup mata untuk menikmati keseronokannya seolah-olah ia baru saja berlaku 7 jam yang lalu! Anda akan merasa tenang dan bahagia.

4. Ketika bekerja atau ketika sedang melakukan sesuatu, bayangkan dia ada di sebelah Anda. Ya, bayangkan seolah-olah Anda mendengar suaranya, mencium haruman rambutnya, melihat anak matanya dan menikmati kemanisan senyuman di bibirnya.

Bayangkan dia membantu Anda, memberitahu Anda untuk menolong menyempurnakan apa yang sedang Anda lakukan. Bayangkan seolah-olah dia ada, duduk rapat bersebelahan dengan Anda, memberi sokongan moral khas buat Anda. Paling senang, bayangkan seolah-olah dia dekat dengan Anda, Anda dapat merasai kehadirannya di situ.

4. Jika anda tertekan sebab esok nak exam, luangkan seminit dua gembirakan diri sendiri dengan cinta. Come on, Anda ada hak untuk membahagiakan diri sendiri, kerana diri Anda adalah milik Anda dan dia adalah Anda!

Usah takut dengan komen-komen negatif di sekeliling dari kawan-kawan, adik beradik atau sesiapa saja. Niatkanlah agar cinta itu membuat Anda jadi gembira lalu menjadikan Anda kebal berdepan dengan stress ketika menghadapi peperiksaan.

Itulah dia 4 panduan bagaiman untuk Anda menangani stress dengan cinta. Asasnya begini. Jika kita melawan stress, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin stress sebab fikiran kita asyik menumpu pada usaha melawan stress!

Tetapi, jika kita menumpu fikiran pada usaha membina cinta bahagia, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin rasa bahagia dalam bercinta. Seterusnya, kita mungkin akan menikmati rasa bahagia sepanjang masa jika kita memfokus rasa cinta sebanyak yang mungkin, selama yang mungkin di fikiran.

Stress membuat Anda sengsara. Cinta membuat Anda bahagia. Kesan dari merasa bahagia, Anda muncul cemeralang dalam apa jua yang Anda usahakan, sama ada dalam pelajaran, pekerjaan.

**sumber : tc.com

GADIS PILIHAN LELAKI...

TERLALU MANJA
mungkin pada awal perhubungan, lelaki suka kepada perempuan yang manja tetapi lama-kelamaan mereka akan mudah bosan dengan sikap kamu yang terlalu manja.lelaki ini adalah kaum adam yang mudah menjadi bosan. awas, sikap kamu yang terlalu manja ini boleh dijadikan alasan buat si dia untuk berpaling kepada yang lain. jangan menyesal di kemudian hari

BUAT-BUAT MANJA
Sifat manja sebegini juga tidak berapa digemari lelaki. Bukan apa, jika kamu bersikap demikian kamu tidak akan kelihatan natural tetapi kelihatan mengada-ngada dan hanya membuatkan si dia berasa sakit hati saja.kamu perlu tahu kalo lelaki merajuk lagi susah nak pujuk

MANJA SEPERTI KEANAK-ANAKAN
Pasti teman lelaki kamu akan cbut lari sekiranya kamu mempunyai sifat begini.sikap kamu yang suka merengek seperti kanak-kanak kecil pasti akan memalukan dirinya terutama apabila berada di khalayak ramai. Jangan marah kalau dia meninggalkan anda begitu saja

MANJA BERTEMPAT
Sifat inilah yang paling digemari oleh lelaki.mereka suka perempuan yang boleh bermanja dengannya, tetapi pada masa yang sama tau situasi atau waktu yang sesuai untuk bermanja. bagi orang lelaki, mereka suka perempuan yang boleh berdikari. Gadis yang memiliki sifat begini akan lebih diburu lelaki. Lelalki memang terkenal dengan sifat ego. mereka hanya akan memanjai kamu tetapi mereka juga tidak suka dengan sikap kamu yang membuatnya seperti hamba atau malukan dia di khalayak ramai

JANGAN SELALU MINTA DIMANJAKAN
Perempuan memang mengharapkan diri mereka dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh. apabila menghadapi masalah, gadis mengharapkan pujukan daripada lelaki. sayangnya tidak semua lelaki memahami perkara ini dan kamu sebagai perempuan harus fahamsituasi ini. jika si dia berusaha memujuk jangan pula kamu masih tidak mempedulikan pujukannya. kebanyakan laki akn angkat bahu,, angkat tangan dan menggeleng tidak tau. jika kamu berdegil. sesekali tidak mengapa tetapi jang diamalkan selalu. kamu hanya membuatkan teman lelaki pening pale melayan karenah kamu


ASYIK MINTA DIMANJA

lelaki agak berbeza berbanding perempuan. biarpun dia mencintai kekasihnya, ini bukan alasan untuk lelaki memmanjakan kekasihnya setiap saat, setiap minit dan setiap hari. mungkin ada perempuan yang mengharapkan kekasihnya melakukan semua ini bagi membuktikan rasa cinta. jika ingin menjadi kekasih yang baik, perempuan ataupun lelaki perlu memberikan ruang kepada pasangan masing-masing untuk melakukan kegiatan hariannya atau kegemarannya bersama kelompok sejantina. bayangkan tentu lelaki akan rimas dan malas melayan jika perempuan asyik mahu berkepit apatah lagi mahu dimanja selalu..
**sumber:tc.com

Di manakah kategori anda??? renung renungkan...

Apa Yang Lelaki Perlu Tahu??

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1.Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2.Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3.Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4.Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5.Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6.Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7.Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8.Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9.Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10.Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya..


“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
**sumber : tc.com

Monday, April 20, 2009

Today.. 20.04.09..

Salam…

yuhuuuuuuuuuuuu…. Hehehehehe yang penting aku dh lepaskan prasan yang berbuku kat kpala otak aku ari neh.. aku dh agak lega sebabnya pg td aku dh lepas exam Java.. uhuhuhuhu best sgt… walaupun aku dh jwb all out, aku tak tau apa aku jwb… the most important thing, aku dh lepas azab untuk paper neh… Amin…
Td kol 2.30 pm lak exam pengajian islam…
Amazing..
aku jwb dgn lajunya.. soalan yang tak dijangka.. agak senang… uhuhuhuhu Alhamdulillah… dh lepas 2 paper… 3 paper lg… hehehehe aku just nk shout yg aku best sgt ari nieeeeeeeee… aku happyyyyyy…. Malam neh aku leh tido ngan lenanya…. (awat? Slama neh tidoq x lena ka?) uhuhuhuhu
Chau…

Saturday, April 18, 2009

berong sebentar...



MELAPORKAN... aku yang agak berong ari nie sebabnya esok lusa aku dh start 1st paper... paper apa??? hahahahahahahaha mmg meroyan... paper JAVA... then ptg bleh release sket sbb paper pengajian islam.. adeiiii memang berbelit2 la urat saraf aku....

**agak2 cmnie kot rupa aku.. hahahahahahah

Wednesday, April 15, 2009

Amik nie.. semua...



ATTN : NURUL AYUNI SHAFIE

Yunie.. be strong like ur sis... i'll be here for u baby...







-::Happy::-

today im happy....... huuhuhuhu aku cam rasa best lak ari neh.. psaipa?? huhuhu sukati aku la psaipa pun.. hahahaha x la.. aku best sbb sket ari lg aku nak exam dah.. pastue aku cuti sem.. ada misi yg perlu aku bereskan time cuti nie.. hek hek hek... nnt aku crita aku watpa k.. hahaha


La la la...Ku sayang kamu...
La la la..Memang ku cinta...
La la la la la.....

Ku taruh hati ku
Pada bicara tentang cinta
Kau mungkin pun tahu
Kata hati mu

Aku cuba menghalang
Tapi ku tak terdaya kasih
Namun sayang yang hadir
Membawa sinar

Lena aku di dalam pelukan mu
Ku tak pernah rasa cintamu sebegini
Bisakah kau terus begini
Pertahankan cintaku

Kata hati jangan lepaskan cinta
Kerna kita seharuslah hidup bersama
Biar badai datang melanda
Cinta tak akan goyang

Rasa akan tentukan
Kesetiaan hati ini
Kita terus bergini
Hingga akhirnya...Ohh...

Memangku cinta
Ku sayang kamu

Aku cinta
Ku sayang padamu..

Lena aku di dalam pelukan mu
Ku tak pernah rasa cintamu sebegini
Bisakah kau terus begini
Pertahankan cintaku

Kata hati jangan lepaskan cinta
Kerna kita seharuslah hidup bersama
Biar badai datang melanda
Cinta tak akan goyang

Rasa akan tentukan
Kesetiaan hati ini
Kita terus bergini
Hingga akhirnya...Ohh...

Ku sayang kamu..
Memangku cinta..

Tuesday, April 14, 2009

Terhapuskah dia dari ingatanku??

salam...

aku nk gtau yg aku dh cba utk lupakan kenangan lalu.. aku balik kampung last thursday.. aku muhasabah balik diri aku.. then aku try untuk lupakan kenangan lalu dalam hidup aku.. tp aku takut hanya di tenagh jalan sahaja.. yg pastinya, kenangan antara aku n dia telah terhapus di dalam phone memory aku setelah phone aku hang untuk 3 ari so nya aku terpaksa format... resultnya.. terhapus sudah sgala knangan kau dan aku di dalam phone memory itu.. Ya Allah kenapa aku sukar untuk melupakannya?? betulkah kata org.. Cinta Pertama Itu sukar untuk dilupakan?? Tlg jawab wahai insan2 yg membaca entry ku ini... Aku ingin keluar dari belenggu ini... TAPI aku tidak lah segagah Superman ataupun secekal Bionic woman... Ya Allah..permudahkan jalan untuk Hambamu yang kekurangan ini...

kerna.. sedikit hari lagi aku akan bertarung di medan Exam... aku agak buntu bila pikirkan nie semua.. aku takmau kecundang dlm pelajaran.. sebab ini yang aku impikan.. ini impian aku sejak dulu.. aku ingin sebelum mummy menutup mata.. aku nak balas jasa2 mummy padaku selama ini.. aku nak bahagiakan hidup mummy seumur hidupnya... kini ku akui... sejauh mana pun aku pergi, andai aku ada masalah.. mummy yg aku cari.. tak perlu untuk elaboratekn pnjang2 masalah.. just tgk muka mummy saja dh menyejuk kan hati n perasaan ku... Aku tak mau impian ku hancur sekerat jalan...

Ya Allah, Ya Tuhanku.. kuatkanlah semangatku dlm aku menempuhi liku2 hidup nie... aku mohon untuk kesekian kalinya... Amin...

Im BaCk

Im Back.. uhuhuhu aku dh kembali ke alam yang bakal menyerabutkan otak aku.. huhuhu aku dh nak start exam neh.. hahahaha wish me luck...
daaaa

Tuesday, April 7, 2009

down...

aku rasa down gila babeng ari neh sbbnya aku tak bleh nak buat quick test java td... mati la carry marks aku nnt.. aku cm nak give up pn ada... tolooonnnnnnnnn aku tensi tahap gajah betina mengamuk neh...

Monday, April 6, 2009

feel better..

salam smua...

taraaa... aku ok je ari neh... apesal minah nie?? x pepasal report ok jek... hahahaha sawan... ari nie aku ada test stats... fuhhh well done.. mission complete... hahahahaha agak memberangsangkan laa... pas abis test aku siggah menderma darah.. huhuhu memula tue amat berkobar2.. siap dh isi form... nervous lak.. ampesss tahap monyet tol la.. tp xpe.. aku be cool jek.. be cool sgt la... dh siap check darah n so on... haa... darah aku group A.. sesapa yg memerlukan darah A type.. meh aku nak dermakan.. hahaha aku amat bermurah ati sikalang... masuk la duk ats stretcher tue... nurse tue pun memulakan tugasnya menggodek lengan ku... hahahaha tgk2 dah siap pn dia cucuk.. aku pn menggenggam la bnda alah btg paip pvc tue.. duk borak ngan member aku kat sbelah.. tau2 nurse tue ckp dh siap.. hahahaha sekejapnya... adeiii... cm nak bg je la lg... tp x bleh.. kna tggu at least 3 month... ok.. xpe... hehehehe itulah ceritaku ari neh...

bye.. aku nak rest sbb dh rasa pening2... lgpun esok ada quick test java lg...
daaa smua...

Sunday, April 5, 2009

dia kembali lagi...

Dinginnya angin mlm ini menyapa tubuhku…

aku kembali teringat...

Ya Allah..

Aku mohon padaMU… kuatkanlah hatiku.. kenapa bayangan dia muncul lagi dalam hidupku?? Kenapa wajah dia bermain2 di ruang mataku… sesungguhnya aku x kuat untuk menghadapi dugaanMU ini YA Allah.. aku lemah bila kenangan lalu mengusik2 jiwaku… aku pernah berjanji pada diriku untuk taknak mengingati lagi… tp knapa mlm ini, dia hadir lagi dlm hidupku??? Ya Allah… apakah ertinya smua ini? Knapa dia masih tak bleh pergi dr hidupku?? Aku sakit andai ini trus menghantui ku…maafkan aku.. aku tak berdaya menolak hadirnya kenangan ini...Kuatkanlah hatiku ini Ya Allah... Aku redha dengan ketentuanMU...

Sekilas ku teringat Detik-detik yang lepas

Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan

Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup terluka
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga

Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih

Aku berharap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kebahagiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Sampai ke mati
Hanya itu mampu ku beri

Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedihku ini
Tidak nampak

Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih... kasih
Kasih yang sebenar

Wajah dan senyumanmu
Sentiasa kuangan
kan
Aduhai sayang oh...

Wednesday, April 1, 2009

::my class mate::

presenting my classmate... taraaaa...

**silalah enlarge untuk lebih jelas... huk huk huk

sakit2 badan...

dh 2 ari aku tak menghadirkan diri ke class, sebabnya badan aku lemah sgt.. kpala aku sakit n idung aku berair.. ntah virus mna yang hinggap di badanku ini... aku rasa tak berdaya langsung... kalo aku berdiri, tak kukuh.. kalo ada yang tolak mesti aku jatuh... adoii..


aku tak suka macam nie.. aku nak diri aku yg kuat semangat.. uiksss tetiba ckp bab semangat lak.. yo la.. aku dh la jd macam mengong2 sket... huuhhh.. i dont like.. apa pn.. au doakan supaya penyakit neh nyah cepat2 dari badan aku.. sbb bila aku dh sakit banyak keja yg jd extend... then, chau...




Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers